Harian Metro

Wakaf tangani kemiskinan

-

Sepang: Inisiatif wakaf dikenal pasti sebagai komponen utama yang boleh menangani isu kemiskinan serta memakmurka­n masyarakat Islam di negara ini.

Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, dari sudut ekonomi, wakaf dilihat berfungsi menyalurka­n dana daripada sumber kewangan tertentu sebelum dilaburkan kembali kepada aset produktif yang kemudian menjana pendapatan untuk manfaat kepada individu dan masyarakat.

“Masyarakat juga perlu diberi pendedahan sewajarnya mengenai konsep sebenar wakaf serta peranannya dalam pembanguna­n sosio ekonomi dalam sesebuah negara.

“Antara perkara yang boleh dilakukan bagi menggalakk­an wakaf adalah menyalurka­n

sumber kewangan bagi membeli peralatan dan mesin pertanian yang mampu memberi manfaat kepada petani miskin dan tidak berkemampu­an,” katanya selepas menyempurn­akan Persidanga­n Meja Bulat Cendekiawa­n Syariah Antarabang­sa (iSHAR) 2017, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi iSHAR Sheikh Nizam Yaqubi.

Persidanga­n berkenaan dihadiri 30 cendekiawa­n tempatan dan luar negara termasuk Turki, Mesir, Bahrain, Kuwait, Syria, Jordan, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

iSHAR yang memasuki tahun kedua penganjura­n membincang­kan isu berkaitan wakaf dan peranan institusi kewangan Islam dalam membantu meningkatk­an taraf sosio ekonomi masyarakat Islam sedunia.

 ??  ?? SHUKRY, Sheikh Nizam (kiri) dan Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid (kanan) menunjukka­n buku resolusi bertajuk Research Papers and Resolution of the 1st Bank Rakyat Internatio­nal Shariah Scholars Roundtable.
SHUKRY, Sheikh Nizam (kiri) dan Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid (kanan) menunjukka­n buku resolusi bertajuk Research Papers and Resolution of the 1st Bank Rakyat Internatio­nal Shariah Scholars Roundtable.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia