Harian Metro

Gerun lihat air berpusar

- Helmy Abd Rahman

“Saya lihat air berpusar di bawah rumah dan semakin naik. Saya beritahu isteri supaya segera bersiap untuk berpindah,” kata Mohamad Lenon Embong, 61, dari Kampung Alor Damat, Batu Rakit, di sini.

Mohamad Lenon dan isterinya, Sawiyah Muda, 56, antara mangsa dipindahka­n ke pusat pemindahan (PP) Dewan Serbaguna Mengabang Telung, awal pagi semalam selepas kediamanny­a dinaiki air.

“Keadaan menakutkan dan apabila air mula mencecah lantai rumah, saya tidak berfikir panjang dan terus ajak isteri pindah jam 1 pagi tanpa bawa apa-apa,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan itu, semalam.

Hujan lebat sejak petang kelmarin menyebabka­n Kampung Tanjung dan Alor Damat ditenggela­mi air setinggi 0.5 meter.

Sebanyak dua keluarga membabitka­n 14 mangsa ditempatka­n di pusat pemindahan itu yang dibuka jam 1.21 pagi semalam.

Mangsa itu terdiri daripada lapan lelaki dewasa, empat wanita dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki serta perempuan.

Seorang lagi mangsa, Norfarahan Baharudin, 16, berkata, air naik terlalu pantas selepas hujan berterusan terutama menjelang awal pagi semalam.

“Mulanya air naik sedikit jam 11 malam tetapi tidak sampai setengah jam kemudian, air memenuhi ruang

 Dua keluarga bergegas pindah

dapur rumah kami.

“Saya bersama ayah, ibu, abang dan datuk tiada pilihan dan berpindah segera. Harap keadaan ini cuma sementara,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri melalui jawatankua­sa khas bersiap awal menghadapi kemungkina­n banjir dan usaha memindahka­n mangsa terjejas tidak berdepan masalah.

“Saya harap mangsa mematuhi arahan pihak berkuasa supaya semua berjalan lancar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia