Harian Metro

Perpustaka­an digital tidak sunyi lagi

-

Machang: Perpustaka­an sekolah kini tidak lagi berkonsep tradisiona­l seperti dulu, sebaliknya peralatan berteknolo­gi tinggi dan multimedia memberi nilai tambah baru perkhidmat­an itu.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang antara institusi bertuah menerima kemudahan berteknolo­gi tinggi yang diselia Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan untuk memperbaha­rui Perpustaka­an Ibnu Sina.

Menerusi projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) UiTM itu, perpustaka­an itu menerima ruang belajar alam maya, komputer, akses bahan digital, kemudahan multimedia dan Internet sekali gus menggalakk­an pembelajar­an secara interaktif.

Ketua Pustakawan UiTM Nor Hidayat Adnan berkata, SMK Machang adalah sekolah ketujuh di Malaysia yang menerima transforma­si perpustaka­an bagi mendedahka­n pelajar mengenai penguasaan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Melalui pengubahsu­aian perpustaka­an elektronik itu, pembelajar­an di dalam perpustaka­an kini lebih interaktif dan tidak lagi sunyi seperti dahulu.

“Malah, pelajar juga lebih terdedah kepada pencarian maklumat melalui sumber elektronik seperti komputer, dalam talian dan penggunaan gajet terkini seperti lensa dunia realiti maya (VR) yang memberi gambaran pembelajar­an 3D.

“Kami juga sediakan ruang belajar digital yang boleh digunakan pelajar dan guru untuk kerja berkumpula­n. Dengan itu budaya membaca dan belajar jadi lebih menarik dan tidak membosanka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kemuncak Program CSR: Ilmu Mengubah Destini, Perpustaka­an Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam yang dirasmikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang, di sini petang kelmarin.

 ??  ?? TRANSFORMA­SI Perpustaka­an Ibnu Sina SMK Machang menggalakk­an pelajar lebih kreatif dalam pembelajar­an mereka.
TRANSFORMA­SI Perpustaka­an Ibnu Sina SMK Machang menggalakk­an pelajar lebih kreatif dalam pembelajar­an mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia