Harian Metro

Garis panduan sekolah tahfiz

-

Buku garis panduan keselamata­n di sekolah tahfiz akan diperkenal­kan penghujung tahun ini sebagai rujukan kepada mereka yang terbabit dalam pengurusan sekolah itu.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, buku itu sebahagian daripada kempen kesedaran keselamata­n tahfiz yang menjadi projek perintis mereka dan setakat ini pihaknya bekerjasam­a dengan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Selangor (Pinta Selangor) bagi pelaksanaa­n buku itu.

“NIOSH dan Pinta Selangor melakukan siri lawatan sejak awal Oktober di lima sekolah tahfiz di Selangor iaitu Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Maahad Tahfiz Ummul, Sungai Buloh, Maahad Tahfiz Ummul Qura’, Sabak Bernam, Maahad Tahfiz Nurul Huda, Shah Alam dan Akademi Tahfiz Al-Falah, Rawang bagi kajian mengenal pasti struktur bangunan, perkara bahaya dan bermasalah sebelum panduan keselamata­n ditulis dalam buku itu.

“Sekolah tahfiz bukan saja tempat belajar tetapi tempat kerja yang mempunyai bahaya dan risiko perlu diatasi. Adalah menjadi tanggungja­wab mereka di tempat kerja, termasuk di sekolah tahfiz untuk mengenal pasti dan mengambil langkah keselamata­n mencegah kemalangan atau kematian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Untuk Sekolah Tahfiz (OSH For Tahfiz) peringkat negeri Selangor di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Pinta Selangor Mohd Dailami Che Age dan Pengarah Eksekutif NIOSH Zahrim Osman.

Seminar sehari anjuran NIOSH dengan kerjasama Pinta Selangor dihadiri 89 wakil sekolah atau institusi tahfiz seluruh Selangor dengan

 Buku keselamata­n rujukan untuk pengurusan

tujuan untuk menyebarka­n maklumat dalam meningkatk­an kesedaran terhadap isu keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja dan tanggungja­wab pekerja serta majikan mengatasi sebarang kemalangan. Menurut Lee, semua sekolah tahfiz digalak melaksanak­an sistem pengurusan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang baik dengan mengamalka­n konsep mengenal pasti bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC).

“Sebab itu, NIOSH akan mengadakan kempen berterusan di seluruh negara bagi meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n KKP dan cara melaksanak­an HIRARC di semua sekolah tahfiz,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, NIOSH menubuhkan satu badan khas pakar keselamata­n dan kesihatan untuk turun padang memberi ceramah serta taklimat kepada sekolah tahfiz sejak September lalu. Kementeria­n Luar Negeri mengesahka­n seorang wartawan wanita warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Myanmar pada 27 Oktober lalu kerana melakukan penggambar­an video menggunaka­n dron di Bangunan Hluttaw di Nay Pyi Taw tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Menurut kenyataan kementeria­n itu semalan, Mok Choy Lin yang bekerja dengan Turkish Radio and Television (TRT) ditahan bersama dengan seorang warga Singapura dan seorang rakyat tempatan di negara itu.

Mereka kini disiasat pihak berkuasa Myanmar. Kementeria­n Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon memantau perkembang­an kes itu.

Satu portal berita hari ini melaporkan Myanmar menahan dua wartawan dari Malaysia dan Singapura kerana menggunaka­n dron merakam gambar. - BERNAMA

 ??  ??
 ?? FOTO: ROSELA ISMAIL ?? DARI kiri, Zahrim dan Lee bersama melancarka­n Seminar Pengurusan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Untuk Sekolah Tahfiz 2017 di NIOSH, Bangi, semalam.
FOTO: ROSELA ISMAIL DARI kiri, Zahrim dan Lee bersama melancarka­n Seminar Pengurusan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Untuk Sekolah Tahfiz 2017 di NIOSH, Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia