Harian Metro

Mana mau lari!

 23 PATI dicekup di tapak pembinaan

- Mohd Wahyuddin Jamil Khair am@hmetro.com.my

Seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang Kiri di sini, tidak sempat melarikan diri apabila lokasi itu diserbu pihak berkuasa.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 10 pagi semalam, lebih 100 pegawai dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terbabit dalam serbuan berkenaan.

Pengarah Jabatan Penguatkua­saan DBKL Ab Salim Mansor berkata, objektif utama operasi itu dijalankan adalah bagi memantau tahap

Operasi ini dilakukan selepas mengambil kira aduan penduduk tinggal berhampira­n berhubung gangguan bunyi bising yang sering dihadapi”

Ab. Salim

kebersihan dan aspek keselamata­n tapak pembinaan sama ada peraturan dipatuhi pemaju serta kontraktor.

“Bagaimanap­un hasil pemeriksaa­n mendapati seramai 33 warga asing yang bekerja di tapak pembinaan itu tidak memiliki dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih tempoh.

“Mereka yang ditahan membabitka­n warganegar­a Bangladesh, Myanmar dan Indonesia,” katanya pada sidang media selepas mengetua operasi berkenaan.

Ab Salim berkata, semua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu diserahkan ke Imigresen dan dibawa ke depot tahanan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Operasi ini dilakukan selepas mengambil kira aduan penduduk tinggal berhampira­n berhubung gangguan bunyi bising yang sering dihadapi,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI Imigresen memeriksa pekerja asing dalam Operasi Bersepadu di tapak pembinaan sekitar Kuala Lumpur.
PEGAWAI Imigresen memeriksa pekerja asing dalam Operasi Bersepadu di tapak pembinaan sekitar Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia