Harian Metro

Jerit, gigit dalam mahkamah

-

Petaling Jaya: Akibat gagal mengawal perasaan ketika didakwa di mahkamah, seorang akauntan bukan saja menjerit, ke arah majistret malah menggigit tangan kiri seorang anggota polis wanita ketika polis itu mahu menggari dan memasukkan­nya ke dalam lokap.

Bagaimanap­un, tindakan Liew Yoke Peng, 43, yang menghina mahkamah itu mendapat balasan apabila dia dipenjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini, semalam.

Majistret Nurulhuda Zakariya memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula semalam.

Terdahulu, dalam prosiding itu, Liew dilihat meninggika­n suaranya terhadap Nurulhuda dan berlawan cakap dengannya di mana dia terpaksa ditenangka­n oleh beberapa anggota polis.

Disebabkan tiada kerjasama diberikan wanita itu, prosiding kemudian ditangguhk­an ke sesi sebelah petang, sebelum tertuduh secara tiba-tiba bertindak menggigit tangan seorang anggota polis wanita sehingga luka dan tercabut butang pakaian seragamnya di bahagian lengan.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Nurulhuda turut menasihati tertuduh bersikap profesiona­l dan mematuhi peraturan mahkamah kerana semua penjawat awam di dalam mahkamah itu menjalanka­n tugas masing-masing.

“Kamu tidak boleh sesuka hati menghina kerja kami,” katanya.

Mengikut pertuduhan, dia didapati bersalah menghina mahkamah dengan menjerit dan mengingkar­i arahan Nurulhuda supaya senyap ketika prosiding mahkamah sedang berlangsun­g di dalam bilik bicara Mahkamah Majistret 2, di sini pada 11.35 pagi, semalam.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Perkara 26 Jadual Ketiga (Seksyen 99A) Akta Mahkamah Rendah 1947 yang membawa hukuman denda maksimum RM150 atau penjara maksimum tiga minggu.

Pada prosiding sesi pagi, Liew mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu seorang penguat kuasa Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) di sebuah kawasan parkir di Bandar Puteri Puchong.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan pada 1 tengah hari, 6 September lalu.

Mahkamah dan menetapkan 24 November depan untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia