Harian Metro

400 set nasi kandar RM1 licin

-

Kuala Lumpur: Nasi kandar berlauk ayam goreng, tambahan sayur yang menyelerak­an bersama aneka kuah kari serta pakej air sirap dan pelanggan hanya perlu membayar RM1.

Itu promosi ditawarkan Nasi Kandar Line Clear (LC Restaurant), Kampung Bharu, di sini, semalam sehingga diserbu peminat nasi kandar setempat.

Pengarah LC Restaurant, Salim Madinah berkata, belum pun sampai sejam sejak tawaran bermula 9.30 pagi, lebih 100 pinggan set nasi kandar RM1 terjual manakala sebaik lepas waktu tengah hari juadah promosi berkenaan sudah licin.

“Promosi ini dilakukan untuk membantu mengurangk­an beban kos sara hidup. Hari ini kami memperuntu­kkan 400 pinggan promosi set nasi kandar berharga RM1.

“Selepas ini promosi diteruskan pada harga RM5.30 bagi set nasi kandar dengan air setiap Isnin dan Jumaat. Sebenarnya promosi setiap Jumaat kami lakukan sejak setahun lalu,” katanya.

Antara pelanggan terawal Mohd Fadli Abd Hamid, 23, berkata, dia tidak melepaskan peluang menikmati set nasi kandar pada harga RM1 selepas promosi itu tular di media sosial.

“Payah nak dapat set nasi termasuk ayam goreng, sayur, kuah yang sedap dengan air sirap pada harga RM1.

“Harap-harap promosi seumpamany­a dapat dite- ruskan dan diikuti restoran lain,” katanya yang bekerja sebagai penghantar surat.

Pekerja pembersih Alam Flora Ragu Ananthan, 52, pula menyifatka­n promosi demikian dapat mengurangk­an kos makan hariannya.

“Oklah macam ini. Saya dapat makan kenyang dengan menu yang sedap dan cuma membayar RM1.

“Tambahan pula isteri saya tidak bekerja dan saya perlu menyara anak,” katanya.

 ??  ?? PELANGGAN menunjukka­n menu yang dibayar dengan harga RM1.
PELANGGAN menunjukka­n menu yang dibayar dengan harga RM1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia