Harian Metro

Tarik ramai pelabur

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

 Lanjutan tempoh galakan cukai hab prinsipal langkah proaktif

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) yakin lanjutan tempoh galakan cukai hab prinsipal sehingga 31 Disember 2020 mampu menarik lebih banyak syarikat asing menjadikan Malaysia sebagai lokasi operasi perniagaan serantau.

Insentif cukai prinsipal berkenaan yang sepatutnya berakhir pada penghujung tahun ini turut dilihat sebagai tawaran menarik untuk menarik pelabur asing memilih Malaysia sebagai lokasi pelaburan mereka.

Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohammed berkata, Bajet 2018 juga tidak hanya memfokuska­n kepada aktiviti tarikan pelaburan dalam kalangan pelabur asing, malah menyediaka­n Dana Strategik Pelaburan Domestik (DFI)

RM245 juta yang berpotensi meraih RM2 bilion tarikan pelaburan dalam sektor perkhidmat­an dan pembuatan.

Beliau berkata, dana berkenaan diperkenal­kan sejak lima tahun lalu diagihkan sejumlah RM1.3 bilion kepada pemain industri yang pegangan majoritiny­a dimiliki rakyat tempatan.

“Kesan pengenalan DFI kepada usahawan tempatan begitu positif kerana ia mampu meraih RM12 bilion pelaburan diluluskan dalam tempoh lima tahun dan kita jangkakan usaha ini yang diteruskan pada tahun depan mampu menjana nilai pelaburan lebih baik.

“Selain itu, sektor pembuatan memainkan peranan penting kepada perdaganga­n Malaysia dan kita jangkakan pada tahun ini ia berkembang sekitar 5.5 peratus. Manakala, pada tahun depan ia diunjurkan meningkat lebih lima peratus,” katanya selepas merasmikan Persidanga­n Rantaian Bekalan Kebangsaan anjuran Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini, semalam.

Persidanga­n itu disertai 1,000 peserta daripada syarikat multi nasional (MNC) dan syarikat tempatan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menumpukan topik membabitka­n peluang dan trend di dalam teknologi perubatan dan sains hayat, penggunaan mesin, industri halal dan Industri 4.0.

Hadir sama, Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Azman Mahmud.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembang­an terkini Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA), katanya, perbincang­an masih diteruskan ketika ini dalam kalangan wakil ketua perunding 11 negara ahli perjanjian itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia