Harian Metro

Kadar penembusan insurans, takaful berada pada tahap 55%

-

Pemain industri insurans tempatan sentiasa berusaha meningkatk­an kadar penembusan insurans dan takaful dalam kalangan rakyat Malaysia mewakili semua kumpulan isi pendapatan rumah termasuk B40 iaitu mereka yang memiliki pendapatan 40 peratus terendah.

Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Toi See Jong berkata, pada ketika ini kadar penembusan insurans dan takaful berada pada tahap 55 peratus berbanding sasaran ditetapkan kerajaan untuk mencapai kadar 75 peratus menjelang 2020.

“Kami sentiasa bekerjasam­a dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatk­an kadar itu melalui pengenalan pelbagai inisiatif atau produk insurans dan takaful berpatutan berdasarka­n segmen dalam memastikan semua kumpulan isi pendapatan rumah di negara ini mampu mendapatka­n perlindung­an insurans dan takaful,” katanya pada Sidang Kemuncak Insurans Malaysia di sini, semalam.

Hadir sama adalah Presiden Institut Insurans Malaysia (MII), Hashim Harun; Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk

Syed Moheeb Syed Kamarulzam­an, Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Antony Lee dan Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia, Muhammad Fikri

Mohamad Rawi.

Berdasarka­n data industri, kadar penembusan insurans dan takaful kini berada pada tahap 55 peratus dengan insurans konvension­al mewakili kira-kira 40 peratus manakala bakinya adalah daripada takaful.

Beliau berkata, pihaknya mengakui kemampuan menjadi faktor utama yang menyebabka­n segelintir individu termasuk golongan B40 tidak membeli polisi insurans.

 ??  ?? TOI
TOI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia