Harian Metro

Kerusi bayi

Perodua perkenal aksesori pada harga promosi

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memperkena­lkan kerusi bayi dan kanak-kanak keluaran mereka sebagai salah satu kluster Kempen Keselamata­n Jalan Raya Perodua lima tahun yang dilancarka­n.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kerusi itu dihasilkan di negara ini menerusi rangkaian aksesori baru kereta itu, Gear Up dengan kualiti setanding jenama antarabang­sa lain yang terdapat dalam pasaran.

“Setiap pembelian kenderaan baru Perodua, pemilik boleh memasukkan kerusi bayi atau kanak-kanak ini ke dalam pembiayaan sewa-beli kenderaan mereka bagi memudahkan lebih ramai yang memilikiny­a,” katanya ketika pelancaran di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Kerusi bayi dan kanak-kanak itu dijual pada harga promosi bagi tempoh terhad pada harga RM660 serta RM780 dan selepas tempoh ini tamat, ia dijual pada harga RM790 dan RM980.

Menurutnya, selain dilengkapi sistem Isofix ia sesuai digunakan untuk bayi dengan berat sehingga 13 kilogram (kg) dan untuk kerusi kanak-kanak dari sembilan hingga 36kg untuk yang berusia sembilan bulan hingga 12 tahun.

Selain itu, tiga lagi fokus utama kempen itu ialah kepentinga­n mengenakan tali pinggang keledar, tidak menggunaka­n telefon pintar ketika memandu dan lampu isyarat ketika membelok dalam menjadikan lebih ramai pemandu yang berhemat dan mematuhi peraturan jalan raya.

“Setiap pusat jualan dan servis Perodua di seluruh negara akan diletakkan bahan promosi termasuk penggunaan media sosial dengan latihan kepada pegawai yang terbabit dalam memastikan kempen ini berkesan,” katanya.

Perodua juga menyasarka­n mesej keselamata­n itu untuk lebih satu juta pelanggan mereka dalam tempoh setahun bagi membantu mengurangk­an statistik kemalangan maut di negara ini yang meningkat sebanyak enam peratus daripada tahun lalu.

 ??  ?? AB Aziz (kiri) bersama Aminar Rashid (dua dari kiri) pada majlis memperkena­lkan Perodua Child Car Seat
sempena Kempen Keselamata­n Perodua.
AB Aziz (kiri) bersama Aminar Rashid (dua dari kiri) pada majlis memperkena­lkan Perodua Child Car Seat sempena Kempen Keselamata­n Perodua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia