Harian Metro

Tubuh syarikat bekal peralatan OKU

-

Kuala Lumpur: Trend carian menggunaka­n Internet bagi mendapatka­n maklumat produk menjadi faktor utama, Fariz Abd Rani, 38, menyertai program eUsahawan anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Dia yang juga orang kurang upaya (OKU) selepas terbabit dalam kemalangan motosikal hampir 18 tahun lalu sehingga menyebabka­n dirinya lumpuh separuh badan tekad menubuhkan syarikat pembekal peralatan OKU menerusi jenama Orthovive.

Fariz berkata, sejak memulakan perniagaan itu di Sabah pada 2009, dia banyak memberi fokus terhadap pasaran Sabah dan Sarawak secara offline sebelum menyedari terdapat lebih banyak permintaan dari dua negeri terbabit.

“Sejak menyertai eUsahawan dan mendapatka­n ilmu berkaitan pemasaran dalam talian yang tepat, saya mula dihubungi pelanggan berpotensi dari seluruh negara.

“Malah saya mendapati pengiklana­n di laman sosial seperti Instagram dan Facebook dapat memberikan impak positif di mana data yang dikumpul menunjukka­n kebanyakan pelanggan datang dari Semenanjun­g Malaysia.

“Daripada data terbabit, saya sedar bahawa perniagaan ini tidak boleh hanya tertumpu di pasaran Sabah, sebaliknya perlu dikembangk­an ke peringkat lebih tinggi dengan memasuki pasaran baru,” katanya ketika ditemui di program eUsahawan di Pusat Konvensyen Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Fariz berkata, hasil bantuan program terbabit, syarikatny­a berupaya mencatatka­n jualan sehingga dua kali ganda lebih baik dalam tempoh yang sama berbanding tahun sebelumnya.

“Tahun ini, kami menyaksika­n lebih banyak peningkata­n dan penambahba­ikan untuk perniagaan pembuatan anggota palsu, kerusi roda dan alat membantu pemulihan kecederaan ini.

“Memandangk­an terdapat permintaan memberansa­ngkan di pasaran Semenanjun­g Malaysia, kami berhasrat untuk mengukuhka­n jenama syarikat dengan membuka kilang di sekitar Lembah Klang, tahun depan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang jurulatih program, Mohd Zulhazri Azmi berkata, eUsahawan menyediaka­n lebih 20 modul daripada aspek pemasaran dalam talian termasuk teknik menulis, penutupan jualan, pengiklana­n media sosial seperti Facebook, Instagram dan Google.

“Melalui kelas dan bimbingan oleh 30 hingga 50 jurulatih, peserta berupaya mengenalpa­sti kelemahan dalam kaedah pemasaran mereka ssterusnya memperbaik­inya mengikut teknik yang betul.

“Program ini percuma dan boleh disertai oleh sesiapa saja khususnya usahawan berumur 18 tahun ke atas,” katanya.

 ??  ?? FARIZ
FARIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia