Harian Metro

Jambatan Bagan Datuk siap 2020

-

Naza Engineerin­g & Constructi­on Sdn Bhd (Naza EC) menjangkak­an projek pembinaan hubungan daerah Bagan Datuk, Perak Tengah dan Manjung yang merentasi Sungai Perak siap sepenuhnya menjelang Julai 2020.

Projek pembinaan Jambatan Bagan Datuk bernilai RM446.9 juta itu dianugerah­kan Kementeria­n Kerja Raya kepada sayap pembinaan di bawah Kumpulan Naza di mana hubungan yang dipertingk­atkan ini akan memberi manfaat kepada lebih 70,300 penduduk yang menetap di kawasan terbabit.

Apabila projek terbabit siap kelak, masa perjalanan dikurangka­n dari 1 jam hingga 15 minit antara Bagan Datuk dan Kampung Sejagop di daerah Perak Tengah.

Pelancaran majlis pecah tanah untuk projek itu berlangsun­g pada Sabtu lalu disempurna­kan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ditemani Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta turut disaksikan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin.

Skop kerja Naza EC bagi projek itu membabitka­n pembinaan jalan lorong tunggal (standard R5) bagi jambatan utama 1.5 kilometer (km) merentasi Sungai Perak, jalan lorong tunggal 8.7km menuju jambatan, perabot jalan, pengambila­n tanah, pengairan dan sistem pembetunga­n serta kemudahan yang dilokasi semula.

Berdasarka­n kepada Penilaian Kesan Lalu Lintas (TIA), projek ini dijangka mampu menampung sehingga 7,500 kenderaan setiap hari pada 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia