Harian Metro

KALAU DAH AJAL

 Wanita maut dihempap remaja cuba bunuh diri

-

Seorang wanita maut selepas seorang budak lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun dari sebuah jejambat jatuh di atas kenderaann­ya.

Dalam kejadian di lebuh raya Interstate 66 di Virginia pada Sabtu lalu budak lelaki berusia 12 tahun itu terselamat dan cedera parah.

Marisa Harris, 22, memandu kereta jenis Ford Escape melintasi jejambat di Laluan Cedar di lebuh raya itu apabila budak lelaki itu terjun dari ketinggian lebih 10 meter.

Wanita itu disahkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala budak lelaki itu masih hidup dan segera dibawa ke hospital.

Teman lelaki Marisa yang berada di sebelahnya berjaya memegang stereng kenderaan itu sebelum berhenti di tepi lebuh raya.

Bagaimanap­un, teman lelaki Marisa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Jurucakap polis berkata, remaja itu kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Inova Fairfax dan identitiny­a tidak boleh didedahkan kerana masih di bawah umur.

“Ini adalah satu kejadian yang malang dan mangsa sangat tidak bernasib baik kerana melalui jejambat itu ketika remaja itu terjun,” katanya.

Menurutnya, polis kini menyiasat punca remaja itu membunuh diri dan akan mengambil keterangan keluarga serta rakan-rakannya.

Menurut Pusat Kajian Penyakit dan Kawalan, antara 1999 hingga 2015 terdapat 711 kanak-kanak berusia 12 tahun membunuh diri di AS.

Dalam tempoh yang sama seramai 1,309 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun membunuh diri di AS, iaitu seorang dalam tempoh lima hari.

 ?? - Agensi ?? REMAJA itu terjun dari jejambat di lebuh raya Interstate 66 di Virginia, AS.
- Agensi REMAJA itu terjun dari jejambat di lebuh raya Interstate 66 di Virginia, AS.
 ??  ?? MARISA
MARISA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia