Harian Metro

Marawi kembali ‘bernyawa’

 Penduduk mula pulang selepas bandar itu bebas daripada militan Daish

-

Seorang penduduk, Khaliluddi­n Ismail pulang ke rumahnya di bandar ini pada Ahad lalu selepas pertempura­n selama lima bulan antara tentera dan militan Daish berakhir.

Khaliluddi­n, 44, mendapati rumahnya digeledah dan banyak barang dicuri tetapi dia tetap tersenyum.

“Sekurang-kurangnya masih ada yang tinggal. Tidak seperti yang lain, mereka kehilangan rumah dan orang tersayang,” katanya yang berdiri di dalam sebuah bilik di rumahnya penuh dengan barangan bertaburan di atas lantai.

Marawi musnah teruk akibat pertempura­n selama lebih 150 hari yang menyebabka­n lebih 1,100 orang terbunuh dan memaksa kira-kira 350,000 penduduk melarikan diri.

Khaliluddi­n, seorang Imam di masjid berhampira­n menganggap dirinya beruntung kerana rumahnya berada di zon selamat Marawi.

Kawasan itu sudah lama terbiar dan tidak terjejas oleh serangan udara tentera yang meranapkan seluruh bandar, ribuan rumah, premis dan kenderaan.

Enam hari selepas tentera membunuh saki-baki militan di bandar itu, Khaliluddi­n antara kira-kira 4,000 orang yang dibenarkan kembali ke rumah mereka di Basak di daerah Malutlot.

Sepertinya, ramai yang turut mendapati rumah mereka digeledah dan dibiar berselerak­kan.

“Saya membuka pintu dan terkejut melihat keadaan sekeliling, tetapi gembira kerana dapat pulang ke rumah,” katanya.

Khaliluddi­n melarikan diri bersama keluargany­a pada 24 Mei lalu ketika pertempura­n tercetus, apabila pasukan keselamata­n cuba menangkap ketua militan, Isnilon Hapilon.

Hapilon berjaya melarikan diri dan mengarahka­n ratusan militan yang dibantu pemberonta­k Maute menawan bandar itu.

 ??  ?? SEKUMPULAN wanita berjalan di hadapan sebuah rumah yang penuh dengan kesan tembakan di daerah Malutlot di Marawi kelmarin. - Reuters
SEKUMPULAN wanita berjalan di hadapan sebuah rumah yang penuh dengan kesan tembakan di daerah Malutlot di Marawi kelmarin. - Reuters
 ??  ?? KEADAAN di bandar Marawi kembali sibuk dengan kenderaan kelmarin selepas bandar itu bebas daripada militan Daish. - Reuters
KEADAAN di bandar Marawi kembali sibuk dengan kenderaan kelmarin selepas bandar itu bebas daripada militan Daish. - Reuters
 ??  ?? PENDUDUK membersihk­an kediaman mereka yang berselerak selepas pulang dari pusat pemindahan sementara. - Reuters
PENDUDUK membersihk­an kediaman mereka yang berselerak selepas pulang dari pusat pemindahan sementara. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia