Harian Metro

Tempoh berkabung di Thailand tamat

-

Bangkok: Thailand secara rasmi menamatkan tempoh berkabung untuk mendiang Raja Bhumibol Adulyadej semalam sekali gus mengembali­kan ‘warna-warni’ di negara itu.

Ratusan ribu penduduk hadir ke upacara pembakaran mayat Bhumibol yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.

Upacara yang penuh dengan adat istiadat diraja berlangsun­g selama lima hari dan berakhir kelmarin.

Sejak Bhumibol meninggal dunia, kerajaan mengisytih­arkan perintah berkabung selama setahun di mana penduduk diminta memakai baju berwarna hitam dan putih.

Stesen televisyen di negara itu juga bersiaran dengan warna hitam putih dan semua pusat hiburan diminta mengurangk­an aktiviti hiburan.

Kain rentang upacara pembakaran mayat berwarna hitam putih yang digantung di pintu pagar Rumah Kerajaan di Bangkok sejak setahun lalu turut diturunkan semalam.

Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha membuat pengumuman di televisyen bagi menandakan tamatnya perintah berkabung.

“Kerajaan mengucapka­n terima kasih kepada pegawai, tentera dan orang awam serta lebih 10 juta rakyat yang memberi penghormat­an kepada badan diraja sejak setahun lalu,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, May Kanokwatta­na, 29, memakai baju berwarna kuning terang ketika berjalan di Siam BTS, stesen pertukaran pengangkut­an utama di Bangkok.

“Saya memakai baju hitam selama setahun kerana perlu menunjukka­n rasa sedih saya. Hari ini (semalam) adalah hari pertama saya memakai pakaian berwarna terang,” katanya.

Dia juga memakai pin dengan simbol untuk memperinga­ti Bhumibol. - Reuters

 ??  ?? SEBAHAGIAN penumpang kereta api komuter di Bangkok dilihat memakai pakaian berwarna terang semalam. - Reuters
SEBAHAGIAN penumpang kereta api komuter di Bangkok dilihat memakai pakaian berwarna terang semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia