Harian Metro

Bom sebelum solat Subuh

- Agensi

(Nigeria): Sekurang-kurangnya lima terbunuh semalam apabila pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam sebuah masjid di timur laut Nigeria, kata pegawai.

Jurucakap Pasukan Petugas Bersama Awam (CJTF) di Ajiri Yala, kira-kira 15 kilometer dari utara Maiduguri berkata, serangan itu berlaku kira-kira jam 4.30 pagi (waktu tempatan).

“Seorang lelaki yang menyamar sebagai orang awam memasuki masjid ketika penduduk berkumpul untuk solat Subuh

“Dia kemudian meletupkan bahan letupan yang dibawanya, menyebabka­n lima terbunuh dan beberapa yang lain cedera,” katanya.

Kumpulan militan Boko Haram biasanya tidak mengaku bertanggun­gjawab terhadap serangan dijalankan tetapi sering menggunaka­n taktik serangan pengebom berani mati.

Boko Haram melancarka­n pemberonta­kan selama lapan tahun untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Kelmarin, anggota CJTF yang mengendali­kan pos pemeriksaa­n di kawasan Muna di Maiduguri terbunuh dan seorang lagi cedera apabila dua wanita meletupkan diri.

Pada minggu lalu, 14 lagi orang terbunuh apabila tiga wanita meletupkan diri berhampira­n kem Muna Garage yang menempatka­n puluhan ribu pelarian. AFP

Pelawak dan penyanyi, Pikotaro dijadual menghiburk­an Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika lawatan rasmi pemimpin itu ke Jepun awal bulan depan.

Pemain golf keempat terbaik dunia, Hideki Matsuyama juga dijadual bermain golf bersama Trump dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di padang golf berhampira­n Tokyo

Pikotaro yang popular dengan lagu Pen-Pineapple-Apple-Pen (PPAP) akan hadir dan membuat persembaha­n pada majlis makan malam dianjurkan Abe, kata sumber kerajaan.

Pelawak itu adalah penyanyi kesukaan cucu Trump, Arabella Kushner.

Pikotaro menjadi popular sekelip mata selepas video dia menyanyika­n lagu PPAP

 ??  ?? TRUMP
TRUMP
 ??  ?? PIKOTARO
PIKOTARO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia