Harian Metro

Hafizh nafi hadapi kesukaran

 Pelumba moto2 negara perlu sedikit masa sesuaikan diri dengan jentera, pasukan baru musim depan

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Saya rasa tidaklah begitu sukar untuk menyesuaik­an diri dengan pasukan dan krew yang baru Hafizh Syahrin

Abdullah

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menolak tanggapan yang menyebut dia bakal berdepan kesukaran pada musim pertamanya bersama pasukan baru, PETRONAS Sprinta Racing tahun depan.

Jelas pelumba yang ketika ini beraksi bersama PETRONAS Raceline Malaysia itu, kesukaran mungkin hanya akan dialami pada awal saingan namun selepas itu dia yakin segala-galanya akan berjalan dengan baik.

“Saya rasa tidaklah begitu sukar untuk menyesuaik­an diri dengan pasukan dan krew yang baru.

“Yang penting adalah saya sendiri perlu bekerja keras. Saya cuma menjangkak­an mungkin pada awal musim akan berdepan sedikit kesukaran.

“Tapi secara keseluruha­n saya rasa tidak ada masalah untuk memahami jentera baru serta pasukan baru,” katanya.

Berbaki satu pusingan di Valencia 12 November depan, Hafizh yang kini menduduki tempat ke-11 kedudukan pelumba Moto2 dengan mengumpul 96 mata berharap dapat menamatkan musim ini dengan meraih lebih 100 mata sekali gus menduduki kelompok 10 pelumba terbaik.

“Tapi Valencia adalah satu lagi litar yang sukar untuk saya. Tahun lalu saya tak dapat meraih mata kerana sakit perut.

“Apapun, saya akan cuba berikan yang terbaik pada tahun ini untuk memenuhi sasaran meraih lebih 100 mata,” katanya.

Pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia kelmarin, Hafizh mempamer tunggangan cemerlang apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam selepas bermula di petak ke-11.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia