Harian Metro

Penganjura­n MotoGP paling sukses raih 166,486 penonton

-

Kuala Lumpur: Penganjura­n Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) yang berakhir di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) kelmarin dilihat sebagai penganjura­n paling berjaya dalam sejarah Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia apabila meraih jumlah kehadiran tertinggi iaitu 166,486 penonton sepanjang tiga hari.

Angka itu mengatasi jumlah kehadiran sepanjang tiga hari bermula sesi latihan bebas pada Jumaat tahun lalu iaitu seramai 161,553 penonton.

Kehadiran penonton pada hari perlumbaan (Ahad) juga mengatasi rekod penganjura­n sebelum ini apabila seramai 97,457 orang hadir menyaksika­n perlumbaan berprestij MotoGP di SIC berbanding 95,316 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali

(gambar) menyifatka­n trend peningkata­n penonton yang tidak pernah gagal pada setiap tahun itu membuktika­n bahawa MotoGP mempunyai peminat tersendiri di negara ini.

“Jumlah 97,457 penonton yang membanjiri SIC pada Ahad adalah satu angka yang sangat membanggak­an kami.

“Persiapan untuk penganjura­n F1 (Formula Satu) dan MotoGP adalah sama. Tapi oleh kerana sambutan yang sangat memberangs­angkan daripada MotoGP ia membuatkan penat lelah kami untuk persiapan perlumbaan ini sangat berbaloi.

“Penonton jelas meraih kepuasan yang dimahukan dan semua orang gembira,” katanya.

Jelas Razlan, SIC tidak pernah jemu untuk mencari idea baru bagi membolehka­n penganjura­n MotoGP kekal diminati peminat tempatan.

Selain kehadiran nama-nama besar seperti Valentino Rossi, Marc Marquez serta Jorge Lorenzo yang beraksi dalam kelas MotoGP, pembabitan pelumba tempatan juga menjadi tarikan utama penonton untuk hadir ke litar.

Kelmarin, empat pelumba tempatan beraksi pada perlumbaan berprestij itu.

Mereka adalah Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Raceline Malaysia) serta Khairul Idham Pawi (Idemitsu Honda Team Asia) yang beraksi menerusi Moto2 manakala Adam Norrodin (SIC Racing Team) dan Kasma Daniel Kasmayuddi­n bersaing dalam kategori Moto3.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia