Harian Metro

Soon Kit yakin pasangan beregu baru pamer prestasi memberangs­angkan

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu lelaki, Cheah Soon Kit (gambar) percaya dua pasangan negara yang baru dibentuk, Tan Wee Kiong-Ong Yew Sin dan Goh V Shem-Teo Ee Yi mampu menunjukka­n prestasi lebih baik menjelang saingan Terbuka Jerman yang bermula hari ini.

Soon Kit mengaku berpuas hati dengan prestasi kedua-dua pasangan itu ketika saingan Terbuka Perancis minggu lalu biarpun mereka tersingkir di pusingan kedua.

Paling menarik perhatian Soon Kit adalah gandingan Wee Kiong-Yew Sin yang menunjukka­n kesungguha­n dan komunikasi yang baik sebelum tumbang di tangan pilihan kedua dari Denmark, Matias Boe-Carsten Mogensen 16-21, 21-19, 19-21.

“Secara keseluruha­n, agak memuaskan terutama Wee Kiong-Yew Sin. Mereka menunjukka­n kesungguha­n dan komunikasi yang baik.

“Kombinasi mereka bertambah baik tetapi masih boleh dipertingk­atkan lagi,” kata Soon Kit.

Bagi V Shem-Ee Yi pula, Soon Kit berkata, pasangan itu tidak bernasib baik kerana mengalami masalah kesihatan sekali gus menjejaska­n aksi mereka ketika tewas kepada beregu China, Liu Cheng-Zhang Nan 9-21, 9-21.

“Untuk V Shem-Ee Yi, mereka tidak bernasib baik kerana mengalami keracunan makanan. Mereka bermain dengan baik ketika pusingan pertama menentang beregu Hong Kong, Or Chong Mun-Tan Chun.

“Apapun, masih ada ruang untuk kedua-dua pasangan memperbaik­i kelemahan di Terbuka Jerman,” katanya.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada September lalu membuat keputusan memisahkan V Shem-Wee Kiong susulan kemerosota­n dialami pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu dan menggandin­gkan mereka bersama Ee Yi dan Yew Sin.

Saingan Terbuka Perancis dan Terbuka Jerman adalah medan bagi membuat penilaian sejauh mana kemampuan kedua-dua pasangan berkenaan.

Wee Kiong-Yew Sin akan membuka tirai saingan Terbuka Jerman menentang beregu daripada pusingan kelayakan manakala V Shem-Ee Yi bertemu Bastian Kersaudi-Julien Maio dari Perancis.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia