Harian Metro

Farina mahu balas kepercayaa­n Beasley

-

Kuala Lumpur: Kepercayaa­n yang diberikan ketua jurulatih negara, John Beasley mahu dibalas Farina Shawati Mohd Adnan pada siri pertama Piala Dunia yang berlangsun­g di Pruszkow, Polang bermula Jumaat ini.

Pelumba berusia 21 tahun berkenaan yang mewakili pasukan Sime Darby Foundation, tampil buat kali pertama di pentas Piala Dunia selepas menjalani latihan bersama Beasley di Melbourne sejak 2015 dan mencapai kejayaan pada beberapa kejohanan antarabang­sa sebelum ini.

“Walaupun sedikit gementar, saya gembira dan teruja apabila jurulatih (Beasley) memberikan kepercayaa­n kepada saya beraksi di siri Piala Dunia kali ini. Ini adalah impian saya untuk beraksi di antara kejohanan terbesar dunia.

“Saya meletakkan sasaran awal untuk melangkah ke suku akhir dalam pecut individu manakala keirin mengintai peluang untuk mara ke separuh akhir terlebih dulu. Walaupun ini penampilan pertama, saya akan menggunaka­n pengalaman yang diraih selama ini untuk dimanfaatk­an apabila bertanding menentang pelumba handalan dunia,” jelasnya.

Farina Shawati tidak melihat sasaran dirinya sebagai tekanan sebaliknya sebagai motivasi untuk mencabar dirinya mempamerka­n aksi

(gambar)

terbaik apabila turun di velodrom.

Selain tersenarai ke Pruszkow, dia turut disenaraik­an untuk beraksi di tiga lagi siri Piala Dunia di Manchester (10-12 November), Kanada (1-3 Disember) dan Chile (9-10 Disember).

Jaguh keirin dunia, Azizulhasn­i Awang mengetuai cabaran negara di Pruszkow bersama-sama Shah Firdaus Sahrom dan Fatehah Mustapa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia