Harian Metro

Benam Singapura

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Malaysian Tigress tunjuk belang pada aksi peringkat kumpulan

Skuad hoki wanita negara mengesahka­n kemenangan 8-0 ke atas Singapura pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan A saingan Piala Asia yang bersambung semula semalam selepas perlawanan itu terpaksa dihentikan di suku ketiga berikutan hujan lebat, kelmarin.

Berlangsun­g di Stadium Green Kawasaki, Kakamigaha­ra, Jepun, skuad negara yang sudah selesa mendahului Singapura 7-0 kelmarin, menambah satu gol di suku keempat semalam menerusi Norbaini Hashim

pada minit terakhir perlawanan.

Kemenangan itu adalah yang pertama diraih Malaysian

(gambar)

Tigress pada aksi peringkat kumpulan selepas tewas 4-5 kepada China pada perlawanan pertama.

Skuad negara akan berdepan tugas sukar bertemu pendahulu kumpulan, India pada perlawanan terakhir hari ini untuk menentukan kedudukan dalam kumpulan serta lawan yang akan ditemui di peringkat suku akhir.

India mencatat kemenangan kedua semalam selepas menewaskan China 4-1.

“Pemain kita tidak ada pengalaman bermain perlawanan 15 minit. Kita agak gopoh, tak tenang dan banyak melakukan kesilapan seperti tertekan untuk mempercepa­tkan pergerakan.

“Selepas India menewaskan China, kami harus mencatatka­n kemenangan ke atas mereka esok (hari ini).

“Kami tetap meletakkan sasaran untuk mencari kemenangan sebab setiap perlawanan adalah amat penting dan setiap pemain perlu bermain sebaik mungkin,” kata Dhaarma.

Kelmarin, skuad negara meledak tujuh gol menerusi Fatin Shafika Mahd Sukri minit ke-13, Surizan Awang Noh minit (m) ke-15 serta Nuraslinda Said dan Hanis Nadia Onn masing-masing m-19 dan 25.

Tiga gol lagi disumbangk­an Nuraini Abdul Rashid m-28, Nuraslinda m-33 dan Norbaini m-36.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia