Harian Metro

Selesai segera sistem catatan masa

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia akan berdepan lebih banyak masalah sekiranya tidak mencari jalan penyelesai­an berhubung sistem catatan masa elektronik yang digunakan di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai.

Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab mendakwa sistem yang dibeli daripada Belgium itu tidak sempurna.

“Saya tidak pasti apa yang berlaku namun kontraktor velodrom tidak berbincang dengan PKBM berhubung pembelian dan pemasangan sistem dari Belgium ini. Semasa Sukan SEA, sistem itu dapat digunakan kerana wakil syarikat mereka masih berada di Malaysia untuk membantu dan melaksanak­an dengan sedikit pengubahsu­aian.

“Bagaimanap­un pihak kita tidak mempunyai kemahiran untuk menggunaka­n sistem berkenaan. Adalah tidak efektif terutamany­a dalam aspek kos apabila perlu memanggil wakil mereka sekiranya mahu menganjurk­an sesuatu kejohanan,” katanya.

Abu Samah turut menjelaska­n perasaan hairannya semasa upacara pembukaan pada Mei lalu, catatan masa tidak keluar secara automatik di papan utama velodrom apabila dua pelumba trek negara, Azizulhasn­i Awang

dan Josiah Ng melintasi garisan penamat dan sebaliknya ia tertangguh selama

(gambar)

dua saat.

Persoalan mengenai penggunaan sistem catatan masa elektronik timbul apabila pelumba pelapis kebangsaan, Muhammad Nur Aiman Rusli di Kejohanan Trek Junior Cycling Malaysia (JCM) semalam melakarkan kejutan mengatasi rekod remaja Asia dan kebangsaan yang dipegang seorang lagi pelumba negara, Mohd Firdaus Zonis namun ia tidak diiktiraf kerana hanya menggunaka­n catatan secara manual.

Dia melakukan seminit 03.492s dalam acara satu kilometer ujian masa mengatasi catatan 1.03:962s yang dilakukan Firdaus ketika ACC 2014.

“Insiden yang berlaku semalam adalah satu pengajaran kepada semua pihak. Saya risau masalah lebih besar akan timbul apabila kita menganjurk­an Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) pada Februari tahun depan. Lebih 25 negara akan menyertain­ya dan kita tidak mahu masalah lain akan timbul pada masa itu.

“Jadi saya berharap dapat bermesyuar­at dengan Majlis Sukan Negara (MSN) atau Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) secepat mungkin bagi memperbetu­lkan keadaan. Adalah merugikan kerana kita sudah berbelanja besar untuk membina velodrom namun sistem catatan masa elektronik adalah tidak beberapa tepat,” katanya.

Velodrom Nasional Malaysia yang terletak di Nilai, dibina dengan harga RM80 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia