Harian Metro

Kemenangan dramatik

- AFP

Lewis Hamilton meraih kejuaraan dunia keempatnya dengan cara tidak dijangka dan dramatik, selepas pelanggara­n dengan pesaing kejuaraan Sebastian

Vettel di pusingan pertama, memastikan­nya menamatkan Grand

Prix Mexico di tempat kesembilan.

Pemandu Britain berusia 32 tahun itu, yang perlu menamatkan perlumbaan dalam kelompok lima teratas untuk mengesahka­n kejuaraan sekiranya Vettel memenangi perlumbaan, bangkit dari kedudukan terakhir selepas tayar jentera Mercedes dipandunya pancit dan perlu memasuki pit di pusingan pembukaan, manakala Max Verstappen memenangi perlumbaan untuk Red Bull.

Vettel, yang sudah mengumpul empat kejuaraan dunia, menamatkan perlumbaan di tempat keempat untuk Ferrari selepas mengejar kelompok hadapan dari tempat ke-19 berikutan pelanggara­n dengan

Hamilton.

Dia juga terpaksa melakukan hentian pit untuk menukar sayap depan jenteranya.

Kejayaan Hamilton itu menjadikan­nya pemandu Britain pertama meraih empat kejuaraan, mengatasi Jackie Stewart, dan kini sebaris dengan Vettel serta Alain Prost dari Perancis.

Hanya pemandu Jerman, Michael Schumacher yang memegang rekod dengan tujuh gelaran dan Juan-manuel Fangio dari Argentina dengan lima kejuaraan mengatasi kelompok tiga pemandu berkenaan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di selekoh tiga, saya memberikan­nya ruang yang cukup besar,” kata Hamilton.

“Ia bagaikan tidak masuk akal. Ia bukan perlumbaan yang anda idamkan apabila anda ketinggala­n 40 saat, tapi saya tidak pernah berputus asa.”

Selepas lima kemenangan dalam enam perlumbaan sebelumnya, ia penyudah yang mengecewak­an buat Hamilton - yang sebelum ini berkata dia mahu memenangi gelaran dengan bergaya. Verstappen memenangi perlumbaan disusuli rakan sepasukan Hamilton Valtteri Bottas dan Kimi Raikkonen dari

Ferrari.

 Hamilton bangkit dari kedudukan terakhir untuk ungguli GP Mexico

 ??  ?? HAMILTON mengambil selekoh ketika perlumbaan GP Mexico, semalam.
HAMILTON mengambil selekoh ketika perlumbaan GP Mexico, semalam.
 ??  ?? HAMILTON ceria raih kejuaraan dunia keempat.
HAMILTON ceria raih kejuaraan dunia keempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia