Harian Metro

Konflik rencat prestasi Real

- AFP

Real Madrid menerima tempias di atas padang di sebalik suasana tidak menentu akibat pergolakan politik di Catalunya apabila mereka tewas mengejut 1-2 di Girona, awal pagi semalam.

Jaringan Cristhian Stuani dan Portu dalam tempoh empat minit di babak kedua menafikan jaringan awal Isco buat Madrid ketika Real kini ketinggala­n lapan mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona selepas hanya 10 perlawanan.

Madrid melakukan penampilan pertama dalam wilayah yang semakin terpisah itu sejak keganasan tercetus pada 1 Oktober menyebabka­n Sepanyol terjerumus dalam krisis politik.

Di atas padang, keadaan lebih sukar buat skuad kendalian Zinedine Zidane ketika mereka semakin ketinggala­n di belakang Barca dalam pemburuan gelaran Liga.

“Kami tahu kami boleh mengubah keadaan ini. Kami akan melalui hari yang lebih baik dan pencabar kami akan hilang mata sepanjang perjalanan musim,” kata Zidane.

“Tiada apa lagi yang boleh kami lakukan, dan kami tahu keadaan akan berubah nanti, perjalanan masih panjang dan saya tidak bimbang.”

Sorakan menyokong kemerdekaa­n dan ‘kebebasan’ bergema di sekeliling stadium dengan kapasiti 13,500 dekat Montlivi pada minit ke-17 yang biasanya kedengaran di Girona dan Barcelona menandakan kejatuhan Catalonia dalam peperangan Sepanyol pada 1714.

 Pergolakan politik Catalunya, gema sorakan penyokong kemerdekaa­n di Girona iringi aksi

Bagaimanap­un, dengan kehadiran ramai penyokong Madrid, banyak juga bendera Sepanyol dikibarkan.

“Semua orang tahu Girona, tahu tiada apa yang akan berlaku,” kata jurulatih Girona, Pablo Machin.

“Penyokong menggunaka­n akal. Mereka mahu ia (situasi politik) segera tamat. Mereka gembira melalui dua jam dengan bola sepak yang hebat.”

 ??  ?? PORTU (kanan) ledak gol kemenangan buat Girona.
PORTU (kanan) ledak gol kemenangan buat Girona.
 ??  ?? ISCO (tengah) buka tirai jaringan perlawanan.
ISCO (tengah) buka tirai jaringan perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia