Harian Metro

‘HARAP KANTE CERGAS’

- Reuters

London

Pengendali Chelsea, Antonio Conte berharap dapat menurunkan pemain tengah N’Golo Kante untuk pertembung­an Liga Juara-Juara menentang Roma awal pagi esok.

Kante mengalami kecederaan hamstring ketika tugasan antarabang­sa bersama Perancis awal bulan ini dan terlepas lima perlawanan terakhir Chelsea, termasuk keputusan seri 3-3 di laman sendiri bertemu Roma 12 hari lalu.

Chelsea kini mendahului Kumpulan C dengan tujuh mata dan berupaya mengesahka­n tempat ke kelompok 16 terakhir dengan kemenangan di ibu kota Itali itu, tetapi Conte berkata, dia tidak akan mengambil risiko jika Kante belum cergas sepenuhnya.

“Dia (Kante) kemungkina­n bersedia,” kata Conte.

“Saya tahu kepentinga­n pemain ini. Saya mahu pastikan dia benar-benar bersedia. Saya harap dapat menurunkan­nya untuk perlawanan ini, tapi tidak akan mengambil risiko. Jika dia bersedia, dia akan bermain.”

Keputusan seri dengan Roma di Stamford Bridge hadir selepas dua kekalahan berturut-turut Liga Perdana yang menyaksika­n juara bertahan itu ketinggala­n sembilan mata di belakang pendahulu Manchester City.

Kemenangan liga ke atasn Watford dan Bournemout­h serta kejayaan Piala Liga ke atas Everton mengembali­kan kestabilan Chelsea, yang dianggap Conte mampu melonjakka­n semangat pemain.

“Ia kemenangan yang bagus (1-0 di Bournemout­h pada Sabtu) untuk keyakinan kami menjelang satu lagi perlawanan sukar menentang Roma dalam Liga Juara-Juara.”

“Kemenangan amat penting untuk meneruskan rentak selepas Watford dan

 Conte tagih khidmat pemain penting Chelsea berdepan Roma

Everton dalam Piala (Liga), dan kini kami melakukan persediaan dengan sebaik mungkin untuk Roma,” katanya.

Alvaro Morata dijangka akan mengisi kesebelasa­n utama pada perlawanan itu, walaupun mengharung­i empat perlawanan tanpa gol sejak kembali daripada kecederaan hamstring ketika kekalahan di tangan

Manchester

City bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia