Harian Metro

City bimbang Napoli lebur rekod kemenangan

-

London: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berkata, skuad kendaliann­ya bakal berdepan situasi sukar untuk mengekalka­n rekod 13 kemenangan berturut-turut dalam semua pertanding­an musim ini apabila bertemu Napoli dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu mengumpul mata maksimum setakat ini dalam saingan Kumpulan F dan berpeluang mengesahka­n tempat ke peringkat kalah mati dengan kemenangan di Stadio San Paolo.

Guardiola menggambar­kan Napoli kendalian Maurizio Sarri sebagai sebuah daripada pasukan terbaik pernah dihadapiny­a, baik sebagai pemain mahupun pengendali, selepas City menewaskan mereka 2-1 di Stadium Etihad awal bulan ini.

“Kami memerlukan satu lagi kemenangan untuk layak, tapi kami akan bertemu pasukan yang sedang mendahului Serie A dan semua orang tahu corak permainan mereka di laman sendiri, jadi ia pasti menjadi sukar,” kata Guardiola.

“Tapi, ia peluang yang baik buat kami untuk menempah tempat (ke peringkat kalah mati) dan kami akan cuba memberikan usaha terbaik kami untuk mencapainy­a.”

City bertandang ke Naples selepas gol jaringan Leroy Sane, Fernandinh­o dan Raheem Sterling memberikan mereka kemenangan 3-2 di laman West Bromwich dalam saingan Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu.

Pertahanan Napoli, Elseid Hysaj bagaimanap­un yakin mampu mengekang Sane yang sudah menjaringk­an lapan gol dalam semua pertanding­an musim ini.

“Dia pemain yang kuat, secara teknikal dan fizikal, dan kami akan berbicara mengenainy­a, tetapi saya sudah mengkaji bagaimana untuk menghalang­nya,” kata pemain Albania itu mengenai pemain sayap Jerman berkenaan. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia