Harian Metro

RITUAL PELIK KEN ILSO

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Akui miliki pakaian peribadi dianggap tangkal untuk hadapi perlawanan besar

Alor Setar

Setiap pemain pasti mempunyai ritual mereka yang tersendiri menjelang hari perlawanan apatah lagi jika perlu beraksi pada pentas final Piala Malaysia dan tidak terkecuali kepada penyerang import Kedah, Ken Ilso Larsen.

Bekas penggempur Home United itu mengaku dia memiliki ‘seluar dalam hari perlawanan’ yang dianggap sebagai tangkal bertuah yang mana ia sudah digunakan setiap kali turun beraksi pada perlawanan yang dihadapiny­a sepanjang musim ini.

Untuk itu, dia mengharapk­an pakaian peribadiny­a itu sekali lagi mampu mencetus magis pada pentas akhir Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

“Tiada apa yang terlalu luar biasa mengenai ritual sebelum hari perlawanan namun saya akui saya akan menyarung seluar dalam yang sama pada setiap hari perlawanan. Saya sudah melakukann­ya sepanjang musim ini dan nyata ia memberi nasib yang baik kepada saya.

“Jadi, sudah pasti saya akan melakukan perkara sama apabila turun beraksi di perlawanan akhir Sabtu ini. Apapun, saya melihat ia bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Kedah.

“Saya tahu Piala Malaysia adalah satu kejohanan yang besar. Justeru, kami akan turun dengan kesebelasa­n utama terbaik dalam usaha menumbangk­an Johor DT,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Darul Aman, semalam.

Kehadiran penyerang Denmark itu yang kembali menyertai sesi latihan berpasukan semalam sudah pasti menyuntik semangat buat pe- ngendali skuad Helang Merah, Nidzham Adzha Yusoff selepas kehilangan khidmat pemain itu dalam beberapa perlawanan akibat kecederaan. “Saya begitu mengimpika­n untuk beraksi di pentas final bersama Kedah buat kali ketiga dan saya gembira dapat kembali menyertai latihan berpasukan selepas sekadar menjalani latihan ringan di gimnasium sebelum ini.

“Apa yang penting buat masa ini adalah saya perlu bekerja keras untuk mendapatka­n kembali kecergasan saya sekali gus dapat bersedia sepenuhnya menjelang perlawanan akhir nanti,” katanya.

 ??  ?? KEN Ilso (kanan) berebut bola dengan pemain Terengganu di Stadium Darulaman.
KEN Ilso (kanan) berebut bola dengan pemain Terengganu di Stadium Darulaman.
 ?? Ken Ilso Larsen ?? KEN Ilso (kanan) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Kedah.
Saya sudah melakukann­ya sepanjang musim ini dan nyata ia memberi nasib yang baik
kepada saya
Ken Ilso Larsen KEN Ilso (kanan) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Kedah. Saya sudah melakukann­ya sepanjang musim ini dan nyata ia memberi nasib yang baik kepada saya
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia