Harian Metro

Peluang terbaik tebus kekecewaan tiga tahun lalu

-

Johor Bahru: Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Mohd Fadhli Shas menganggap aksi final Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini sebagai peluang terbaik untuk mereka menebus kekecewaan tiga tahun lalu.

Kelab Harimau Selatan sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir selepas tewas kepada Pahang pada final 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi penentuan sepakan penalti 3-5 apabila aksi 120 minit berkesudah­an seri 2-2.

Fadhli, 26, yang turut beraksi dalam perlawanan itu berkata, ini peluang terbaik mereka untuk melakar sejarah Johor DT.

“Saya yakin pemain sudah bersedia, kita akan cuba kerana Johor DT belum menang Piala Malaysia, jadi kita nak bawa pulang selepas beberapa tahun tak dapat.

“Pada 2014, kita sudah hampir nak menang tapi tak ada rezeki. Kalah sepakan penalti jadi peluang yang ada kali ini perlu digunakan sebaik-baiknya,” katanya, semalam.

Final kali ini diibaratka­n pertemuan buku dengan ruas apabila Johor DT yang memenangi Liga Super berdepan juara bertahan dan juga juara Piala FA Kedah.

Ketiadaan tonggak tengah import, Marcos Antonio

pada pertengaha­n musim akibat kecederaan dilihat tidak memberi banyak masalah kepada benteng pertahanan Johor DT apabila Fadhli mengisi kekosongan itu dengan cemerlang selepas mendapat kepercayaa­n jurulatih Ulisses Morais.

Bekas pemain Harimau Muda A itu bukan saja kental mengekang asakan lawan malah turut menyumbat lima gol dalam semua kejohanan musim ini.

“Kami kena fokus, kami tidak boleh hanya mengawasi pemain tertentu, sebaliknya kepada semua pemain Kedah sepanjang masa. Kalau ada rezeki di final, mana tahu saya boleh jaringkan gol,” katanya.

 ?? Mohd Fadhli Shas ?? Kami kena fokus, kami tidak boleh hanya mengawasi pemain tertentu, sebaliknya kepada semua pemain Kedah
sepanjang masa
Mohd Fadhli Shas Kami kena fokus, kami tidak boleh hanya mengawasi pemain tertentu, sebaliknya kepada semua pemain Kedah sepanjang masa
 ??  ?? PASUKAN Johor DT menjalani latihan di Seri Gelam.
PASUKAN Johor DT menjalani latihan di Seri Gelam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia