Harian Metro

Pemain Johor DT tiada tekanan

-

Johor Bahru: Jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Ulisses Morais percaya anak buahnya tidak berdepan sebarang tekanan malah akan mempamerka­n kemampuan sebenar ketika berdepan Kedah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengendali dari Portugal yang berusia 57 tahun itu berkata, semua pemainnya bebas daripada kecederaan selepas mengharung­i perlawanan terakhir Liga Super, Sabtu lalu menentang Kedah yang berakhir dengan keputusan seri 0-0.

“Kami tidak mahu pemain tertekan sangat untuk mengelak daripada kecederaan tambahan pula kami sudah menjuarai Liga Super.

“Kami juga sedia maklum bahawa akan berhadapan dengan pasukan yang tidak menurunkan kesebelasa­n utama mereka. Jadi kami menggilirk­an pemain kami dengan memberi peluang kepada beberapa pemain kami yang lain.

“Ini bertujuan untuk tidak membiarkan semua pemain kami berasa terlampau selesa untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Morais tidak menurunkan beberapa tonggak dalam kesebelasa­n utama di Alor Setar itu termasuk kapten Safiq Rahim dan pemain import Mohammad Ghaddar dan Gonzalo Cabrera kerana mahu memberi fokus pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Menurut bekas jurulatih kelab Portugal SC Beira-Mar itu, anak buahnya bersedia untuk mempamerka­n taring sebenar di final untuk merampas kejuaraan daripada Kedah.

“Pada perlawanan akhir nanti saya tahu perwatakan sebenar yang pemain saya akan bawa dan kami akan bermain dengan kesungguha­n yang tinggi,” katanya.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia