Harian Metro

Akram mahu Kedah menang

- Syafiq Aznan dan Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: “Tak main pun tiada masalah asalkan pasukan kami menang,” kata pemain tengah Kedah, Akram Mahinan.

Jelas pemain kelahiran Kulim itu, dia sedia untuk ‘mengorbank­an’ tempatnya dalam kesebelasa­n utama Helang Merah di perlawanan akhir Piala Malaysia bagi memberi keselesaan kepada pengendali, Nidzam Adzha Yusoff membentuk skuad terbaik yang mampu membenam cabaran Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Bagaimanap­un, pemain berusia 24 tahun itu mengaku dia tetap mengimpika­n peluang untuk beraksi pada pentas akhir perlawanan berprestij sekalipun sebagai pemain gantian.

“Tidak dapat beraksi dalam kesebelasa­n utama pun tiada masalah kerana kemenangan berpasukan adalah misi utama kami.

“Apapun, jika pengendali meletakkan kepercayaa­n kepada saya untuk beraksi, saya sudah bersedia untuk mengerah sepenuh keringat saya. Semangat saya begitu membara bagi memastikan Piala Malaysia dapat dikekalkan di bumi Darul Aman,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada masa sama, bekas pemain Johor DT itu menjelaska­n, kejayaan merangkul Piala Malaysia akan menjadi penutup terbaik buat pasukan Kedah sekali gus menandakan musim penuh cemerlang buat mereka.

Katanya, Piala Malaysia akan melengkapk­an koleksi piala domestik yang dimenangi memandangk­an Kedah sudah meraih Piala Sumbangsih dan Piala FA musim ini.

“Kita tahu tidak mudah untuk menentang Johor DT tetapi peluang tetap seimbang 50/50 kepada setiap pasukan untuk memenangi perlawanan akhir.

“Jika dilihat menerusi pertembung­an Liga Super pada Sabtu lalu, kita mampu memberi tentangan dan bersedia untuk memberikan cabaran sengit kepada mereka pada perlawanan penentuan itu nanti,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Kedah, Muhammad Akram Mahinan (kiri) ketika menjalani latihan di Stadium Darul Aman, semalam.
PEMAIN Kedah, Muhammad Akram Mahinan (kiri) ketika menjalani latihan di Stadium Darul Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia