Harian Metro

FELDA FC buntu harga mahal Comvalius

-

Kuala Lumpur: Hasrat FELDA United FC untuk membawa masuk Sylvano Comvalius menemui jalan buntu apabila penjaring gol terbanyak Liga Indonesia itu meletakkan harga terlalu tinggi, sekali gus menyukarka­n kelab untuk mendapatka­n khidmatnya.

Perkara itu disahkan sendiri pengendali pasukan, B Sathianath­an yang terpaksa melupakan misi untuk memburu penyerang utama Bali FC itu selepas ejennya meletakkan harga yang terlampau mahal.

“Harga berapa dia minta saya tak boleh cakap, biarlah rahsia. Cuma saya boleh katakan ejen pemain itu memang ada berjumpa dengan saya selepas pemain itu dikatakan berminat untuk beraksi di sini (Liga Malaysia).

(gambar)

“Bagaimanap­un, harga yang diletakkan terlalu mahal dan tak masuk akal langsung. Walaupun dia bagus tetapi saya rasa dengan umurnya yang sudah menjangkau 30 tahun memang tak berbaloi.

“Daripada ambil dan bayar tinggi, baik saya gunakan pemain yang ada saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menerusi laporan sebelum ini, difahamkan skuad The Fighters bakal merombak jentera serangan pasukan dengan membawa masuk Comvalius yang juga bekas penyerang remaja Ajax Amsterdam itu.

Pemilihan Comvalius, 30, dilihat tepat berdasarka­n prestasi semasanya yang muncul penjaring terbanyak liga Indonesia dengan 28 gol dalam 30 penampilan bersama Bali United.

 ??  ?? COMVALIUS
COMVALIUS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia