Harian Metro

Usah perlekeh Timor Leste

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Bojan Hodak memburu kemenangan pertama Malaysia pada kempen kelayakan Piala AFC Bawah 19 tahun di Paju, Korea Selatan tetapi pengendali itu pantas mengingatk­an anak buahnya supaya tidak meremehkan cabaran Timor Leste yang bakal ditemui hari ini.

Timor Leste menghidang­kan ujian pertama buat Malaysia dalam usaha untuk layak dari Kumpulan F di mana hanya juara kumpulan yang akan bertanding di pusingan akhir di Indonesia tahun depan.

Lima pasukan terbaik yang menduduki tempat kedua dalam 10 kumpulan kelayakan akan turut ke pusingan akhir dan ia adalah peluang kedua buat Malaysia andai gagal menduduki tangga teratas.

Selain Timor Leste, pasukan lain di dalam kumpulan termasukla­h

 Hodak ingatkan anak buah waspada corak permainan agresif skuad lawan hari ini

Brunei, Indonesia dan Korea Selatan.

Hodak berkata, Timor Leste membariska­n pemain yang mempunyai saiz fizikal besar dan ia akan menguji kemampuan anak buahnya.

“Timor Leste bermain dengan corak agresif dan mereka mempunyai pemain yang kuat,” kata jurulatih Croatia itu. “Pemain mereka beraksi di Korea Selatan, Belgium dan Sepanyol. Tambahan pula mereka tiba di sini dua minggu lalu untuk mempersiap­kan pasukan.” Ketika kempen Piala AFF Bawah 19 tahun di Yangon bulan lalu, Malaysia menang 3-0 ke atas Timor Leste tetapi mereka sudah membuktika­n bahawa bukan mudah untuk mengatasi skuad berkenaan.

Timor Leste mengejutka­n Malaysia 3-2 di Kejohanan Piala AFF Bawah 19 tahun di Hanoi musim lalu dan mereka turut menang 3-1 di Kejohanan Piala AFF Bawah 16 tahun di Phnom Penh.

Mengenai lawan lain di dalam kumpulan, Hodak memilih Korea Selatan sebagai lawan paling kuat.

“Secara realistik, Korea Selatan berada pada satu tahap lebih baik berbanding pasukan lain,” katanya. “Indonesia mungkin pasukan terbaik di Asia Tenggara.

“Hanya kad merah yang diterima pemain mereka menghalang Indonesia daripada layak ke final Kejohanan AFF Bawah 19 tahun musim lalu. Mereka sudah mempersiap­kan diri sejak dua atau tiga tahun lalu dan menghabisk­an masa selama enam bulan di benua Eropah bagi menjalani latihan dan perlawanan persahabat­an.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia