Harian Metro

Syamer rangka latihan sendiri hadapi cabaran Kejohanan AFC B-23

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bakal tampil buat pertama kalinya di pusingan akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) bawah 23 tahun (B-23) di China, Januari depan nyata mengundang rasa teruja di kalangan pemain muda negara ketika ini.

Memandangk­an saingan Liga Malaysia (Liga-M) baru saja melabuhkan tirainya Sabtu lalu, rata-rata pemain sudah merangka program latihan sendiri bagi memastikan tahap kecergasan mereka kekal berada pada prestasi terbaik sebelum Datuk Ong Kim Swee memanggil pemain untuk memulakan latihan.

Tonggak tengah skuad B-23, Syamer Kutty Abba mendedahka­n bahawa dia sering menghabisk­an masanya di gimnasium dan kolam renang untuk mengekalka­n tahap kecergasan­nya.

“Liga baru saja tamat dan itu bermakna latihan bersama pasukan (Pulau Pinang) juga sudah tidak ada. Jadi, untuk menanti tugasan dengan skuad B-23, saya ada melakukan latihan sendiri bersama kawan-kawan.

“Ia penting untuk pastikan saya sentiasa berada di tahap terbaik kerana kita semua tahu saingan di AFC nanti bukan mudah. Sebab itu, bagi saya tiada istilah rehat dan akan terus berlatih hingga dipanggil menjalani latihan kelak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Malaysia yang layak secara merit buat kali pertama susulan kejayaan muncul juara Kumpulan H di pusingan kelayakan di Bangkok, Thailand pada Julai lalu, bakal berdepan misi sukar di China apabila diundi sekumpulan dengan tiga gergasi Asia Barat iaitu Iraq, Jordan dan Arab Saudi.

Iraq dilihat pasukan pilihan untuk mengisi salah satu daripada dua slot ke suku akhir daripada Kumpulan C apabila menjadi juara pada edisi pertama 2013 dengan menewaskan Arab Saudi 1-0 manakala Jordan meraih tempat ketiga.

Buat penyerang utama skuad muda negara, N Thanabalan, dia tetap positif dengan peluang pasukan untuk melakukan kejutan ke atas lawan.

“Nak tunggu latihan (skuad B-23) mungkin lambat lagi. Saya tak mahu kehilangan rentak selepas kelab (FELCRA FC) gagal melepasi separuh akhir Piala FAM dua minggu lalu.

“Aktiviti yang selalu saya buat ialah bermain futsal dan bola padang selain berjoging setiap hari. Nak berdepan Iraq, Jordan dan Arab Saudi bukan mudah, sebab itu saya ambil inisiatif berlatih sendiri untuk tingkatkan persembaha­n,” katanya.

 ??  ?? SYAMER (kanan) cuba dihalang pemain Indonesia, pada aksi perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA lalu.
SYAMER (kanan) cuba dihalang pemain Indonesia, pada aksi perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA lalu.
 ??  ?? THANABALAN
THANABALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia