Harian Metro

Pakat guna lori ais edar ‘ice’

-

Beaufort: Dua dalam satu. Ia boleh menggambar­kan tindakan dua sahabat baik yang bukan saja bekerja sebagai penghantar ais, malah menjual ‘ice’ (syabu) di sekitar daerah ini.

Malah, kedua-dua lelaki berusia 30-an bertindak menggunaka­n lori ais milik majikan untuk menjual dadah berkenaan.

Tindakan lelaki yang berkhidmat sebagai pemandu dan kelindan itu terbongkar selepas lori ais dinaiki ditahan polis di Batu 5, Jalan Beaufort-Papar, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak berkata, hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan polis menahan suspek di satu lokasi di jalan berkenaan, kira-kira jam 10 pagi.

“Ketika ditahan, polis menemui lima peket plastik lut sinar berisi ketulan hablur dipercayai dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.84 gram.

“Ia dipercayai untuk dihantar kepada pelanggan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, suspek ditahan dan dadah itu dirampas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, berdasarka­n siasatan awal, kedua-dua suspek kerap menghantar dadah itu ke Menumbok dan beberapa lagi kawasan lain di sekitar daerah ini berdasarka­n permintaan daripada penagih.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mendapat bekalan dari kawasan Skim Penempatan Kinarut, Papar, dekat sini, sebelum dibungkus semula dan dijual kepada penagih di daerah ini.

“Kedua-dua suspek ini dipercayai membeli dadah berkenaan dengan harga RM200 sebelum dibungkus semula kepada peket lebih kecil dan mereka mampu memperoleh jualan sehingga mencecah RM600,” katanya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap keduadua suspek mendapati pemandu lori terbabit positif dadah jenis syabu manakala kelindanny­a negatif.

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai baru mula berjinak-jinak untuk menjadi pengedar dadah di daerah berkenaan dengan berselindu­ng di sebalik pekerjaan mereka untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39A (1), Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? POLIS menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap lori membawa muatan ais yang digunakan untuk mengedar dadah dipercayai jenis syabu di Jalan Beaufort-Papar.
POLIS menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap lori membawa muatan ais yang digunakan untuk mengedar dadah dipercayai jenis syabu di Jalan Beaufort-Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia