Harian Metro

Kren terjunam gaung

 Kenderaan berat menggelong­sor ketika naiki bukit akibat brek gagal berfungsi

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Kegagalan brek berfungsi menyebabka­n sebuah kren menggelong­sor ketika mendaki laluan berbukit sehingga terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter berhampira­n Kampung Stenggang, Jalan Bau-Lundu, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Lim Ghim Guan, 64, yang memandu kren berkenaan nyaris maut, namun mengalami kecederaan pada muka serta badan selepas minyak enjin kenderaan itu bocor sehingga terkena pada tubuhnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau Ebby Herwandy Sarbini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.43 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasarka­n maklumat yang diterima, kren itu dalam perjalanan dari Bau menuju Lundu sebelum melalui kawasan berbukit.

“Ketika sampai di puncak laluan berbukit itu, kren berkenaan berhenti, namun usaha mangsa untuk membrek supaya kenderaan itu tidak menggelong­sor tidak berjaya.

“Pada masa sama, sebuah Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 50-an berada di belakang kren berkenaan tidak sempat mengelak dan dirempuh kenderaan berat itu,” katanya.

Beliau berkata, kren itu kemudian menggelong­sor sebelum terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter sehingga menyebabka­n komponen enjin bocor dan mengalami tumpahan minyak.

Katanya, minyak enjin kemudianny­a terkena pada muka dan badan mangsa yang terperangk­ap di dalam kenderaan itu sebelum diselamatk­an orang awam 15 minit kemudian.

 ??  ?? KEADAAN kren yang dipandu Lim (gambar kanan) yang menggelong­sor ketika mendaki laluan berbukit berhampira­n Kampung Stenggang, Jalan Bau-Lundu.
KEADAAN kren yang dipandu Lim (gambar kanan) yang menggelong­sor ketika mendaki laluan berbukit berhampira­n Kampung Stenggang, Jalan Bau-Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia