Harian Metro

‘Menu’ istimewa hidangan judi

-

Miri: Sebuah restoran di Senadin, di sini, bukan saja menyediaka­n juadah makanan, malah turut menyediaka­n ‘menu’ istimewa iaitu permainan simulator perjudian kepada pelanggan demi meraih keuntungan mudah.

Bagaimanap­un, perbuatan itu terbongkar hasil serbuan di restoran berkenaan baru-baru ini dan merampas empat mesin simulator perjudian di restoran itu

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, restoran berkenaan antara 42 premis yang diserbu polis di negeri ini dalam tempoh seminggu.

Menurutnya, operasi sejak 23 Oktober sehingga 29 Oktober lalu itu membabitka­n serbuan di premis perjudian mesin simulator dan premis penjualan nombor ramalan tidak berlesen.

Sebanyak 39 serbuan dijalankan di premis nombor ramalan tidak berlesen membabitka­n pelbagai rampasan antaranya pencetak serbaguna, telefon dan wang tunai RM13,835.

“Seramai 55 individu iaitu 29 lelaki, selebihnya wanita berusia 15 sehingga 53 tahun ditahan,” katanya.

Katanya, sebuah kedai di Beluru, Marudi turut diserbu polis kerana menawarkan perkhidmat­an tambah nilai bagi perjudian dalam talian.

“Pekerja kedai berkenaan iaitu wanita berusia 37 tahun turut ditahan bagi siasatan,” katanya.

Katanya, semua serbuan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan semua yang ditahan akan didakwa mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

 ??  ?? MESIN simulator judi yang disediakan sebuah restoran di Senadin.
MESIN simulator judi yang disediakan sebuah restoran di Senadin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia