Harian Metro

Saran derma organ

- Angkun Khidri hmkk@hmetro.com.my

 Masyarakat Islam tak perlu risau kerana tidak salah di sisi agama

Orang ramai khususnya masyarakat Islam diminta supaya tidak bimbang untuk menderma organ kerana ia tidak bercanggah dengan agama Islam.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, Islam sebaliknya menggalakk­an tindakan itu kerana ia dapat membantu insan lain untuk meneruskan kehidupan.

Beliau berkata, ia selaras dengan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa menderma organ adalah harus kerana ia tidak bercanggah dengan

Islam, selagi mengikut syarat ditetapkan.

“Masyarakat Islam tidak perlu was-was untuk menderma organ kerana tindakan ini adalah murni dan amat digalakkan dalam Islam. Ia selagi mengikut hukum-hakam yang ditetapkan dalam syariat Islam.

“Justeru, usaha semua pihak diperlukan bagi memberi kesedaran kepada orang Islam supaya dapat menambah bilangan penderma organ di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Sabah di Hospital Beaufort, di sini, kelmarin.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut khuatir dengan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat di negara ini, khususnya golongan muda berhubung perkara berkenaan, sedangkan pemohon pemindahan organ semakin meningkat, setiap tahun.

 ??  ?? AZIZAH (tengah) melepaskan burung merpati sebagai simbolik perasmian sempena
Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Sabah di Hospital Daerah
Beaufort, semalam.
AZIZAH (tengah) melepaskan burung merpati sebagai simbolik perasmian sempena Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Sabah di Hospital Daerah Beaufort, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia