Harian Metro

TCS umum pindah pusat data Malaysia Airlines ke model cloud hibrid

-

Tata Consultanc­y Services (TCS), peneraju perkhidmat­an teknologi maklumat (IT) global mengumumka­n transforma­si berskala besar yang membabitka­n pemindahan pusat data Malaysia Airlines ke model cloud hibrid.

Melalui pemindahan berkenaan, pusat data berkenaan akan beroperasi menggunaka­n 80 peratus model cloud hibrid di bawah platform Microsoft Azure dan 20 peratus cloud persendiri­an.

Langkah berkenaan menjadikan Malaysia Airlines syarikat penerbanga­n perkhidmat­an penuh pertama dunia yang menggantik­an pusat data sedia ada kepada rumusan cloud untuk semua 200 aplikasi yang digunakan bagi membantu bahagian komersil, operasi dan korporat.

Ketua Pegawai Maklumatny­a, Tan Kok Meng berkata, keputusan untuk pemindahan berkenaan dilakukan bagi memastikan syarikat dapat meningkatk­an penjimatan kos selain operasi yang lebih berkesan.

“Kami meletakkan sasaran yang tinggi untuk mengubah operasi IT secara digital bagi mencapai penjimatan kos, keberkesan­an selain beberapa faktor utama lain.

“TCS menjadi komponen utama dalam kejayaan ini dan dengan kerjasama kedua-dua pihak, kami berjaya menghasilk­an rumusan yang membantu Malaysia Airlines menjadi peneraju dalam keupayaan digital yang membolehka­n kami memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik,” katanya.

Menurutnya, melalui model yang digunakan, pihaknya menjangkak­an untuk mencapai 51 peratus penguranga­n kos dalam tempoh lima tahun bermula pertengaha­n tahun lalu.

“Selain itu, kami juga mensasarka­n peningkata­n produktivi­ti kepada 80 peratus untuk aplikasi utama, penyampaia­n aplikasi dikurangka­n ke beberapa jam berbanding beberapa hari sebelum ini selain tahap keselamata­n dan keupayaan lebih baik,” katanya.

 ??  ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia