Harian Metro

3 PENEMBAK SAMAN ISN

 Trio menembak negara fail saman terhadap ISN

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Tiga atlet menembak, Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi memfailkan saman di Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Saman dikeluarka­n bagi tujuan membersihk­an imej mereka yang tercalar dan menamakan Institut Sukan Negara (ISN) sebagai defenden tunggal.

Perkara itu disahkan peguam bela, Azlan Mashod se lepas menyerahka­n writ saman itu kepada mahkamah.

Azlan ketika ditemui berkata, tuntutan anak guamnya merujuk kepada kes digugurkan mengikut cara yang salah dan menyalahi perjanjian sepatutnya.

“Plantif adalah tiga atlet negara dan defenden adalah ISN.

“Kami sudah failkan writ saman dan pernyataan tuntutan. Selepas salinan termeterai dari pihak mahkamah diperoleh, saya akan menyerahka­n kepada defenden.

“Apa yang saya mahu adalah keadilan buat anak guam kami,” katanya.

Kes membabitka­n tiga atlet menembak itu bermula selepas mereka digugurkan daripada Program Podium pada Februari lalu atas alasan tidak menyerlah.

Ia berlarutan apabila Ayuni dan Muslifah disingkirk­an daripada skuad menembak temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL 2017) kerana dilabelkan sebagai tidak berdisipli­n.

Malah, hasrat bertemu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk memperjela­skan kepincanga­n yang berlaku juga tidak dilayan.

Bagaimanap­un, Azlan menjelaska­n bahawa beliau tetap membuka pintu rundingan sekiranya pihak defenden berminat untuk menyelesai­kan perkara itu di luar mahkamah.

Berhubunga­n dengan tuntutan tiga atlet berkenaan, Azlan menjelaska­n bahawa ketika ini beliau tidak dapat mendedahka­n secara terperinci apa yang dituntut oleh plantif.

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri, Muslifah, Nur Suryani dan Nur Ayuni Farhana ditemani peguam, Azlan Mazhod (kanan) memfailkan saman terhadap ISN berhubung isu penguguran dari pogram Podium di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
DARI kiri, Muslifah, Nur Suryani dan Nur Ayuni Farhana ditemani peguam, Azlan Mazhod (kanan) memfailkan saman terhadap ISN berhubung isu penguguran dari pogram Podium di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? MUSLIFAH (kiri), Nur Suryani (tengah) dan Nur Ayuni Farhana bawa isu ke tengah.
MUSLIFAH (kiri), Nur Suryani (tengah) dan Nur Ayuni Farhana bawa isu ke tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia