Harian Metro

KOREK BALIK KUBUR ANAK

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

Keluarga Nur Aliya Syifa Murad, 5, yang maut selepas dada kirinya tertusuk serpihan batu pengasah mata pisau mesin rumput di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan, di sini, Jumaat lalu akur arahan pengorekan semula kubur mangsa dan menyerahka­n kepada polis melakukan siasatan terperinci.

Bapa saudara mangsa, Fadhil Abdul Rahim, 50, selaku jurucakap keluarga itu berkata, polis memaklumka­n kepada adik iparnya, Murad Othman@Aziz, 40, yang juga bapa kepada kanak-kanak malang kes itu diklasifik­asikan daripada kematian mengejut kepada Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabka­n kematian dengan cuai.

“Kami akur dengan undang-undang dan mengikut apa yang ditetapkan berdasarka­n seksyen diperuntuk­kan untuk kes ini.

“Buat masa ini, kami serahkan kepada hospital dan polis melakukan siasatan lanjut. Jika ada benda yang meragukan, baru kami sekeluarga duduk berbincang mencari penyelesai­an,” katanya ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Nurul Ehsan, Kubang Rotan, di sini, semalam.

Fadhil berkata, dia mewakili keluarga itu selepas adik ipar dan ibu kepada mangsa, Sabda Abdul Rahim, 41, terlalu lemah selepas pengsan berulang kali.

Katanya, pihaknya bimbang mengenai masa depan dua lagi anak Murad termasuk seorang berstatus orang kurang upaya mental sekiranya bapa mereka dipenjarak­an.

“Murad baru selesai menjalani pembedahan membuang apendik yang pecah. Dia saja yang bekerja menyara keluargany­a.

“Jika dia dipenjarak­an keluargany­a akan mengalami masalah dan kami sekeluarga juga daripada keluarga susah dan sukar membantuny­a,” katanya.

Sementara itu, proses penggalian kubur Nur Aliya

 Keluarga serah kepada polis dan hospital selepas kubur digali semula

Syifa yang dilakukan oleh anggota forensik polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berjalan lancar sambil disaksikan ahli keluarga serta wakil Masjid Nurul Ehsan, Kubang Rotan.

Operasi penggalian dimulakan pada jam 9.25 pagi dan berakhir jam 10.45 pagi dengan jenazah dibawa ke HSB untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner, Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, proses terbabit prosedur biasa dan sebahagian daripada siasatan yang dibuat.

“Kita mengklasif­ikasikan semula kes kepada Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan sudah memperoleh perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan.

“Orang ramai jangan membuat sebarang andaian serta spekulasi kerana siasatan masih berjalan dan kita akan serahkan dokumen lengkap kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat jenazah yang digali semula.
ANGGOTA polis mengangkat jenazah yang digali semula.
 ??  ?? SABDA yang rebah ditenangka­n ahli keluarga.
SABDA yang rebah ditenangka­n ahli keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia