Harian Metro

CINTA MELARAT

 Wanita lari ke Myanmar bersama suami hidup menderita sejak 2014 rayu mahu pulang

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

> “Sayu mendengar anak perempuan kami hidup serba daif bersama pasanganny­a dan seorang anak lelaki berusia hampir dua tahun di Myanmar hingga pernah 10 hari tidak makan nasi,” kata Rosiah Zainal Abidin, 39, ibu kepada Norsuhaya Mat Nassir, 22, yang lari bersama kekasihnya selepas cinta terhalang tiga tahun lalu. Selama ini keluarga mereka menyangka mereka berada di ibu negara,

lapor Nor Hidayatida­yu Razali

“Saya percaya Norsuhaya dibawa ke negara itu menerusi laluan tikus kerana dia tidak mempunyai pasport”

Rosiah

“Sayu mendengar anak perempuan kami hidup serba daif di Myanmar dan pernah tidak makan nasi selama 10 hari kerana tiada wang. Mereka hanya makan sayur dan jagung,” kata Rosiah Zainal Abidin, 39, ibu kepada Norsuhaya Mat Nassir, 22, yang kini tinggal di Myanmar bersama pasanganny­a dan seorang anak lelaki berusia hampir dua tahun.

Rosiah berkata, sebelum ini dia dan suami, Mat Nassir Jusoh, menyangka Norsuhaya berada di Kuala Lumpur bersama seorang lelaki warga Myanmar selepas mereka berdua melarikan diri akibat perselisih­an faham sejak tiga tahun lalu.

“Namun, minggu lalu saya terima panggilan dan WhatApps daripada Norsuhaya memaklumka­n dia kini berada di Myanmar bersama suami dan anak serta mahu segera pulang ke tanah air,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini Norsuhaya yang juga anak kedua daripada lima beradik melarikan diri dari rumah mereka di Kampung Pantai Mek Mas, Kuala Besar, Pengkalan Chepa sejak November 2014 bersama lelaki bukan Islam yang dikenali sebagai King berusia 20-an.

Katanya, sebelum menghilang­kan diri, lelaki berkenaan memeluk agama Islam di Kelantan dan menggunaka­n nama Muhammad Abdullah.

“Kini mereka dipercayai berada di Wilayah Magway, Myanmar. Saya percaya Norsuhaya dibawa ke negara itu menerusi laluan tikus kerana dia tidak mempunyai pasport.

“Dia lari kerana berlaku perselisih­an faham apabila menyangka kami tidak mengizinka­n dia menjalin hubungan dengan lelaki warga asing yang ditemuinya di Bangsar, Kuala Lumpur,” ketika di sini semalam.

Rosiah berkata, dia dan suami hanya mengetahui anak mereka berada di Myanmar selepas menerima panggilan telefon minggu lalu yang memberitah­u dia hidup miskin di negara berkenaan kerana pasanganny­a tiada pekerjaan tetap sejak lebih setahun lalu.

“Anak kami menghantar gambar menerusi aplikasi WhatsApp menunjukka­n dia mempunyai anak lelaki.

“Sedih kami melihat gambarnya yang makin kurus. Ini mungkin disebabkan kesusahan hidup kerana pasanganny­a tidak mempunyai pekerjaan.

“Dia hubungi saya kerana mahu minta wang beli beras dan beritahu mereka hanya makan jagung bersama sayur yang ditanam,” katanya.

Sementara itu, Mat Nassir dalam keadaan sebak memohon pihak berkuasa membantu membawa pulang anaknya ke pangkuan mereka.

“Kami tiada wang dan harap ada pihak sudi membawa balik anak kami pulang ke Kelantan memandangk­an dia hidup susah serta tidak mempunyai makanan.

“Apabila melihat gambar anak, kami tiada selera makan kerana terlalu sedih dan mohon pihak yang berkenaan membantu kami untuk membawa pulang anak bersama cucu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ROSIAH dan suami menunjukka­n gambar Norsuhaya bersama anaknya.
ROSIAH dan suami menunjukka­n gambar Norsuhaya bersama anaknya.
 ??  ?? NORSUHAYA bersama suami dan anaknya.
NORSUHAYA bersama suami dan anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia