Harian Metro

Terkilan anak mangsa butik cuai

-

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Harris Baba, 25, terkilan apabila anaknya, Aleena Ziya cedera di sebuah butik terkemuka di ibu kota, kelmarin akibat terkena penutup lampu yang tiba-tiba jatuh dari siling.

Insiden itu menyebabka­n dagu dan tangan anaknya yang berusia lapan bulan itu melecur.

Anak jati Singapura itu bagaimanap­un bersyukur penutup lampu berkenaan tidak terkena pada mata Aleena.

“Ketika kejadian, saya dan isteri melihat kasut, manakala Aleena pula berada dalam kereta sorong bayi. Tiba-tiba penutup lampu besi itu jatuh dan menimpa Aleena.

“Kulit Aleena melecur kerana objek itu sangat panas. Kami bergegas membawanya ke pusat perubatan untuk mendapatka­n rawatan. Menurut pakar, Aleena melecur tahap dua dan kecederaan itu agak serius.

“Nasib baik tidak terkena bahagian mata kerana ia boleh menyebabka­n anak saya buta,” katanya.

Harris kemudian membuat laporan polis dan melantik peguam mengendali­kan kes itu meskipun pihak pengurusan butik terbabit mahu membiayai bayaran perubatan Aleena.

“Saya boleh bayar sendiri kos perubatan. Saya cuma mahu perkara yang membabitka­n keselamata­n pelanggan dipandang serius pengurusan butik terkenal itu.

“Pengurus di butik itu ada menjelaska­n kontraktor penyelengg­araan akan datang setiap minggu. Saya tidak pasti pihak mana yang salah tapi insiden ini harus dijadikan pengajaran,” katanya.

 ??  ?? HARRIS Baba
HARRIS Baba

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia