Harian Metro

Terap gerun kepada Allah

 Pendorong kepada hala tuju hidup selari tuntutan agama

-

Kehidupan seorang Muslim akan terjana dalam kerangka yang tepat, benar dan selari dengan apa yang diperintah­kan Allah SWT yang dipandu Baginda SAW selagi dalam hatinya takut kepada Allah.

Perasaan takut dalam hati itu mendorong seseorang Muslim untuk sentiasa berwaspada terhadap perkara yang ditakuti.

Selaku umat Islam, sudah tentu kita berasa gerun dan amat takut kepada janji Allah SWT yang akan memberikan seksaan yang maha berat kerana mengingkar­i perintah-Nya.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran,

ayat 175 yang bermaksud: “Sesungguhn­ya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakutnak­utkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutny­a (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku (jangan cuaikan perintah-Ku), jika betul kamu orang-orang yang beriman.”

Bagaimana kita boleh menerapkan rasa takut terhadap Allah dalam kehidupan harian kita? Tidak ada cara lain melainkan kita mengetahui, memahami dan menghayati sifat Allah.

Apabila segala sifat Allah sudah tertanam dalam pemahaman, akan sentiasa timbul dalam hati perasaan takut kepada Allah untuk melakukan apa saja perlakuan yang dimurkai-Nya.

Perasaan takut kepada Allah seharusnya sentiasa tertanam dalam hati kerana apabila rasa takut itu hilang, hala dan arah tuju kehidupan tidak lagi berada dalam landasan yang dikehendak­i Allah dan Rasul-Nya.

Sudah banyak kes dan kejadian yang berlaku setiap hari, semuanya ada hubung kait dengan hilangnya rasa takut kepada Allah.

Sheikh Abu Sulaiman al-Darani pernah mengingatk­an dengan berkata: “Ingatlah, apabila rasa takut kepada Allah berpisah daripada hati seseorang, akan rosaklah hati orang itu.”

Benar sekali kata-kata beliau kerana sebarang salah laku dan perbuatan manusia termasuk dalam kalangan masyarakat kita hari ini berpunca daripada hilangnya rasa takut kepada Allah.

Contohnya, pengkhiana­tan terhadap amanah apabila banyak sekali kejadian rasuah dilakukan dalam kalangan manusia termasuk golongan pemimpin atau mereka yang bergelar penjawat awam di pelbagai peringkat.

Mustahil perbuatan dimurkai Allah itu sanggup dilakukan seandainya dalam hati seseorang takut kepada Allah.

Demikian juga dalam hal rumah tangga. Banyak berlaku kes penderaan termasuk penderaan terhadap isteri atau anak.

Itu juga membuktika­n apabila rasa takut kepada Allah hilang, gejala negatif akan timbul dan manusia sanggup melakukan apa saja mengikut kemahuan hawa nafsunya.

Bagaimana ada individu tergamak mencuri wang daripada tabung masjid dan surau? Pemahaman Allah Maha Melihat mungkin tidak dipelajari atau mungkin apa yang sudah dipelajari tidak tertanam dengan baik dalam jiwa sehingga lamakelama­an ilmu sifat Allah terhakis begitu saja dalam hati.

Kisah berlaku pada diri seorang Khalifah Bani Umayyah yang tersohor, Umar

Abdul Aziz. Diriwayatk­an Khalifah Umar Abdul Aziz mempunyai seorang saudara yang dipersauda­rakannya daripada keturunan seorang hamba abdi bernama Salim.

Selepas Umar dimasyhurk­an sebagai khalifah, beliau memanggil saudaranya, Salim dan apabila Salim datang mengadapny­a, Umar berkata: “Wahai Salim, saya takut yang saya tidak akan selamat.”

Salim memandang khalifah Umar dengan tenang sambil menjawab: “Jika tuan takut tidak akan selamat, maka itu adalah satu perkara yang sangat baik, tetapi saya takut tuan tidak akan takut kepada Allah selepas memegang teraju negara ini.

“Ingatlah tuan, sesungguhn­ya Allah selepas menempatka­n seseorang hamba-Nya di sebuah tempat yang baik, tetapi hamba itu melakukan satu dosa, lalu Allah mengusir hamba itu dari tempat itu, sedangkan kita melakukan pelbagai dosa, wajarkah kita menghuni tempat yang sangat baik itu?”

Jawapan dan persoalan ditimbulka­n Salim itu membenam rasa takut yang amat sangat terhadap Allah dalam diri Umar Abdul Aziz.

Kita sudah banyak kali membaca kisah dan riwayat agungnya yang berjaya memimpin negara Islam ketika itu dengan penuh jaya, berintegri­ti tinggi sehingga seluruh rakyat di pelbagai peringkat status sosial menerima keadilan.

Pesan Zu al-Nun alMasri: “Manusia akan sentiasa berada di atas landasan agama Allah selagi rasa takut kepada Allah wujud di dalam hati mereka. Apabila rasa takut kepada Allah hilang daripada hati, maka mereka akan sesat jalan.”

Dengan erti kata mudah, dengan adanya perasaan takut kepada Allah, maka jiwa dan hati seseorang akan terdidik dengan asuhan nilai Islam, sentiasa merendah diri, berakhlak mulia zahir dan batin, berasa bencikan maksiat dan menyintai amal ibadat.

Justeru, sebagai mukmin perasaan takutkan Allah perlu sentiasa wujud. Dengan adanya perasaan itu ia akan menyuluh arah tuju kehidupan yang selari dengan tuntutan agama.

Rasa takut kepada Allah jualah akan membentuk sahsiah peribadi kita. Kita bukan saja sentiasa tergerak untuk beramal ibadat, tetapi amat peka terhadap akhlak diri baik terhadap keluarga, jiran tetangga malah kepada sesiapa pun.

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ?? ORANG yang menjaga waktu sentiasa mengingati Allah dan tidak mensia-siakan masa yang berlalu.
ORANG yang menjaga waktu sentiasa mengingati Allah dan tidak mensia-siakan masa yang berlalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia