Harian Metro

Pertimbang status FTA

 Malaysia komited teruskan perjanjian perdaganga­n dengan AS jika TPPA dibatal

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Malaysia akan menimbang status perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (AS) sekiranya Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) dengan negara itu tidak menjadi realiti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia dan AS ketika ini komited meneruskan dialog dua hala bagi membincang­kan isu berkaitan perdaganga­n serta pelaburan menerusi Perjanjian Rangka Kerja Perdaganga­n dan Pelaburan.

“Mengenai TPPA, saya dan rombongan Malaysia mengadakan dialog bersama ahli kongres AS dan menyaranka­n negara itu kekal bersama ahli TPPA untuk menjayakan perjanjian ini.

“Sekiranya perkara ini tidak berhasil, saya mencadangk­an model TPPA dirangka kepada perjanjian perdaganga­n dua hala seperti FTA yang tertunda sejak 2008,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang bertanyaka­n hasil lawatan Perdana Menteri ke AS pada September lalu di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Terdahulu beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, AS rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dengan jumlah dagangan RM135.9 bilion pada 2016.

Katanya, lawatan kerja beliau ke AS atas jemputan Presiden negara itu, Donald Trump dan bertujuan memperkuku­h hubungan dua hala kedua-dua negara.

Menurutnya, aspek pelaburan dan perdaganga­n dua hala antara komponen utama lawatannya ke AS dan aspek itu dititikber­atkan memandangk­an pentadbira­n AS diketuai Trump dilihat mempunyai pandangan berbeza berhubung dasar ekonomi, perdaganga­n dan pelaburan diamalkan sebelum ini.

“AS kuasa ekonomi terbesar dunia dan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalka­n perdaganga­n terbuka akan terkesan sekiranya AS mengamalka­n sikap perlindung­an perdaganga­n yang menyukarka­n akses pasaran ke negara itu,” katanya.

Najib berkata, Malaysia secara jelas berjaya mengketeng­ahkan isu orang pelarian, penghapusa­n dan penindasan etnik Rohingya dalam lawatannya ke AS baru-baru ini.

Katanya, pertemuann­ya dengan Trump menghasilk­an satu kejayaan besar kerana mengumumka­n bantuan RM121.6 juta (AS$32 juta) kepada Rohingya dan terbaru memutuskan hubungan bantuan ketenteraa­n kepada tentera Myanmar.

 ??  ?? NAJIB menjawab soalan ketika sidang di Dewan Rakyat ,semalam.
NAJIB menjawab soalan ketika sidang di Dewan Rakyat ,semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia