Harian Metro

PEMAIN BINTANG NADI JOHOR DT

Khaled yakin semangat juang tinggi pemain Morais mampu bawa pulang trofi Piala Malaysia ke selatan tanah air

-

Soalan: Tahniah atas kejayaan negeri Datuk Seri mara ke final Piala Malaysia musim ini. Apakah makna kejayaan ini?

Jawapan (J): Johor DT kini menjadi pasukan yang digeruni di bawah kepemimpin­an Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dianggap menjadi pencetus kepada era baharu bola sepak negeri Johor. Sudah pasti ia bakal menjadi bonus kepada pemain dan semua penyokong yang sering berada di belakang pasukan.

S: Adakah kejayaan ini membuktika­n program pembanguna­n bola sepak di negeri Datuk Seri berjaya dan apakah kerajaan negeri akan terus memberi sokongan untuk memastikan kejayaan ini berterusan?

J: Tahniah kepada Johor DT kerana sudah mencapai tahap terbaik, segala usaha yang dilakukan kelab tampak berhasil. Bagi kerajaan negeri, kami sentiasa akan menyokong pembanguna­n bola sepak di negeri ini.

S: Bagaimana Datuk Seri melihat peluang pasukan untuk memenangi trofi berprestij ini? J: Saya percaya dengan barisan pemain hebat dimiliki Johor DT ketika ini, ditambah pula dengan semangat juang tinggi yang ada pada mereka, Johor

DT mampu mencipta kejayaan. Dalam bola sepak, tiada misi yang mustahil dicapai dan kami akan mendoakan kejayaan anda semua.

S: Adakah kerajaan negeri akan memberi ganjaran kepada pemain dan cuti umum sekiranya pasukan menjuarai Piala Malaysia?

J: Soal ganjaran tidak perlu pemain fikirkan kerana apa yang lebih penting berikan aksi terbaik demi seluruh penyokong dan rakyat Johor.

S: Apa harapan dan kata-kata motivasi Datuk Seri kepada pemain yang akan beraksi?

J: Kepada semua pemain Johor DT, bermainlah bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. Anda semua mewakili negeri Johor. Kami

sudah berbangga dengan kejayaan yang anda sumbangkan setakat ini, malah Johor DT semakin dikenali di peringkat dunia. Jika menang Piala Malaysia, ia pasti menjadi bonus buat pasukan dan penyokong.

S: Harapan dan nasihat Datuk Seri kepada penyokong yang bertolak ke Shah Alam dan memberi sokongan kepada pasukan negeri?

J: Saya menyeru agar semua peminat bola sepak untuk beramai-ramai memenuhi Stadium Shah Alam sebagai menyokong acara sukan nombor satu itu. Untuk semua penyokong Johor, berilah sokongan yang padu kepada pasukan Johor DT. Pada masa yang sama, sentiasala­h menjaga disiplin dan saling hormat menghormat­i sesama rakan peminat sukan.

 ??  ?? GABRIEL Guerra taruhan Harimau Selatan.
GABRIEL Guerra taruhan Harimau Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia