Harian Metro

FORMULA RAHSIA LANG MERAH

-

Sabtu ini Kedah akan beraksi di pentas akhir Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut dan turun dengan misi untuk mempertaha­nkan trofi yang dimenangi mereka tahun lalu di Stadium Shah Alam.

Hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) sahaja yang menjadi penghalang kepada skuad Helang Merah daripada terbang tinggi apatah lagi selepas berjaya merampas Piala Sumbangsih dan Piala FA daripada skuad Harimau Selatan sebelum ini.

Ikuti wawancara wartawan sukan NSTP, Syafiq Aznan bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

mengenai pandangan beliau terhadap aksi final Piala Malaysia 2017.

Soalan (S): Tahniah atas kejayaan negeri Datuk Seri mara ke final Piala Malaysia musim ini. Apakah makna kejayaan ini?

Jawapan (J): Apa yang boleh saya perkatakan adalah Kedah berjaya dengan formula dan caranya sendiri. Saya akui dari segi kedudukan kewangan, kita memang tidak sehebat pasukan lain tetapi kita sebuah pasukan yang bermain dengan falsafah bola sepak Kedah iaitu setiap kejayaan tidak dikecapi disebabkan satu satu faktor semata mata. Kita berjaya sebagai satu unit yang lengkap, dari luar padang ke dalam padang dari pengurusan kepada pemain seterusnya penyokong, akademi dan kita buktikan dalam tiga final Piala Malaysia sejak 2015.

S: Adakah kejayaan ini membuktika­n program pembanguna­n bola sepak di negeri Datuk Seri berjaya dan apakah kerajaan negeri akan terus memberi sokongan untuk memastikan kejayaan ini berterusan?

J: Sebagai Menteri Besar sudah tentu kita akan terus memberi sokongan kepada pasukan negeri Kedah kerana bola sepak ini umpama nadi bagi negeri Kedah dalam bidang sukan. Ini juga bukti bahawa negeri Kedah berjaya dengan program yang dijalankan dan sekarang kita beri tumpuan kepada Akademi Datuk Ahmad Basri (ADAB) yang kita harapkan untuk membekalka­n pemain pemain baru serta pelapis berkualiti kepada pasukan negeri pada setiap masa yang diperlukan.

S: Bagaimana Datuk Seri melihat peluang pasukan untuk memenangi trofi berprestij ini?

J: Kita pernah lakukannya dan saya percaya kita boleh lakukannya sekali lagi. Namun kita harus berwaspada dengan lawan kita JDT kerana ini bukan lawan yang mudah untuk ditundukka­n, Harimau Selatan yang pernah dijinakkan oleh Helang Merah ini, ngaumannya amat menggerunk­an.

S: Adakah kerajaan negeri akan memberi ganjaran kepada pemain dan cuti umum sekiranya pasukan menjuarai Piala Malaysia?

J: Soal ganjaran saya sudah nyatakan sebelum ini bahawa ia ada dalam perancanga­n kita, mungkin kita beri lebih tetapi ia perlu mengambil kira kantung kita. Bab cuti umum kita tunggu dan lihat. Buat masa ini saya tidak

mahu berjanji.

S: Apa harapan dan kata-kata motivasi Datuk Seri kepada pemain yang akan beraksi?

J: Saya harap pemain terus bersemanga­t untuk satu lagi perlawanan akhir. Beri sepenuh tumpuan untuk tempoh 90 minit dan saya percaya kita Juara. Saya percaya mereka ada misi peribadi dan misi berpasukan untuk dicapai. Dari sudut peribadi perlawanan ini penting bagi membuktika­n kemampuan mereka di atas padang. Dari segi pasukan kejayaan ini penting untuk semua peminat dan penyokong juga pihak pengurusan.

S: Harapan dan nasihat Datuk Seri kepada penyokong yang bertolak ke Shah Alam dan memberi sokongan kepada pasukan negeri?

J: Saya percaya penyokong Kedah sentiasa mempunyai tahap disiplin yang tinggi namun saya tetap mengharapk­an sesuatu yang luar biasa daripada mereka untuk menaikkan semangat pemain. Dalam banyak permainan sebelum ini saya dapati mereka sentiasa menjadi pemain ke 12 yang hebat dan berkualiti. Selain itu walau apapun terjadi saya harap penyokong Kedah tidak melakukan provokasi yang boleh mencetuska­n pergaduhan, sentiasa kekalkan imej sebagai penyokong yang baik seperti mana sebelum ini.

S: Ramalan Datuk Seri pada final nanti?

J: Tiada ramalan dari segi jaringan kerana yang penting bagi saya adalah kemenangan untuk mengekalka­n Piala Malaysia di Kedah. Bagi saya Kedah mampu untuk melakukan yang terbaik. Bagi saya dalam perlawanan yang seimbang, peluang pasukan pada tahap 50-50 tetapi Kedah akan muncul juara sekali

lagi.

 Ahmad Bashah akui kejayaan pasukan disebabkan komitmen tinggi pengurusan dan pemain julang nama Kedah

 ??  ?? SANDRO harapan Kedah robek Johor DT.
SANDRO harapan Kedah robek Johor DT.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia