Harian Metro

Demam ‘berjangkit’ ke Lembah Klang

-

Kuala Lumpur: Demam basikal lajak yang sebelum ini melanda selatan tanah air kini dikesan menular dan mula ‘berjangkit’ dalam kalangan kanak-kanak serta remaja di Lembah Klang.

Lebih menggusark­an apabila semakin ramai pemilik basikal lajak ini dikesan turut memiliki kemahiran bagi mengubah suai basikal secara ekstrem.

Beberapa jalan Persekutua­n di Klang, Gombak, Kajang, Shah Alam dan Kuala Kubu Bharu menjadi antara lokasi tumpuan ahli geng basikal lajak membabitka­n remaja berusia 10 hingga 16 tahun ini.

Mereka bukan saja berkumpul pada hujung minggu seperti geng mat rempit, malah aktif berlumba sesama sendiri di laluan ditetapkan.

Di Lembah Klang, terdapat beberapa geng terkenal antaranya geng Candy, Fly Klang dan Basikal Bisu dikesan mula aktif sejak beberapa bulan lalu.

Mereka didapati semakin aktif berkonvoi, selain mengganggu lalu lintas dengan matlamat menarik perhatian orang ramai.

Wartawan Harian Metro menemu bual remaja yang dikenali sebagai Boy Haris yang sering menjadi penganjur perlumbaan basikal lajak di kawasan Klang.

Wartawan: Bagaimana mula terjebak dengan perlumbaan basikal lajak?

Haris: Mula-mula hanya ada basikal biasa. Lepas tu saya minat tengok aksi basikal lajak di YouTube. Kemudian mengambil keputusan untuk mengubah suai basikal berkenaan.

Wartawan: Dari mana dapat tahu kewujudan basikal lajak?

Haris: Ketika pulang ke kampung di Johor Aidilfitri lalu, saya nampak ramai sepupu simpan basikal lajak. Saya dan abang ambil kesempatan belajar cara ubah suai basikal kami.

Wartawan: Mana nak dapatkan alat ganti ubah suai basikal?

Haris: Boleh beli terus daripada kawan-kawan di Facebook. Tapi sekarang, banyak kedai basikal ada jual semua spare part lajak.

Wartawan: Ada berapa kumpulan basikal lajak di Klang?

Haris: Takde banyak abang, kawasan ni baru nak main basikal, yang saya tahu cuma dua kumpulan saja yang aktif dan sering melepak di kawasan Sungai Sireh dan Sungai Udang. Jika ada masa kami akan ke bandar Klang. Wartawan: Apa aktiviti yang sering dilakukan kumpulan basikal lajak?

Haris: Kami hanya berkumpul, sekarang dah tak boleh buka game (perlumbaan) nanti kena tangkap polis. Paling tidak pun kami berkumpul ronda-ronda bandar.

Wartawan: Pernah kena tahan dengan polis?

Haris: Tak pernah abang, sebab biasanya saya hanya bagi tahu maklumat game di kumpulan WeChat saja.

Wartawan membuat tinjauan di kawasan kumpulan mereka berkumpul, namun mereka melarikan diri sebaik wartawan tiba bersama jurugambar.

Difahamkan, kebanyakan remaja di Lembah Klang mula terjebak dengan basikal lajak kerana terpengaru­h dengan aksi berbahaya yang dipaparkan beberapa kumpulan basikal lajak di negeri lain terutama di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia