Harian Metro

Budaya ‘lajak’ menular

Basikal siap ubah suai dijual secara berleluasa di kedai mahupun secara dalam talian

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Murah dan cukup mudah dibeli. Dengan harga serendah RM100, remaja atau kanak-kanak boleh memiliki basikal lajak yang dijual secara berleluasa di kedai basikal mahupun secara dalam talian.

Malah, basikal lajak yang siap diubah suai termasuk mempunyai crank (engkol), rantai, pemegang handle serta didatangka­n dengan warna menarik membuatkan golongan ‘mat lajak’ berlumba-lumba mendapatka­n basikal berkenaan.

Penjualan secara berleluasa itu seolah-olah menggalakk­an aktiviti kurang sihat dan mencabar pihak berkuasa yang melarang penggunaan basikal itu di jalan raya.

Ternyata tindakan menyita basikal lajak dikuatkuas­akan mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 tidak menggerunk­an mereka.

Selain itu, remaja yang didapati bersalah menunggang basikal lajak boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan mengikut Peraturan 42 (1) (a) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 kerana mengubah suai brek dan loceng basikal.

Tinjauan wartawan Harian Metro di beberapa kedai basikal di sekitar Lembah Klang mendapati basikal lajak boleh didapati dengan mudah di mana-mana saja kedai basikal.

Basikal lajak yang baru dijual di kedai dengan harga RM500 hingga RM1,000 bergantung kepada aksesori yang terdapat pada basikal itu.

Seorang peniaga ketika ditemui berkata, dia menjual basikal berkenaan selepas menerima permintaan menggalakk­an daripada peminat basikal itu.

Menurutnya, ramai antara pemilik basikal lajak datang ke kedai untuk pengubahsu­aian menyebabka­n dia menjual basikal itu.

“Kami menjual basikal lajak baru dilengkapi semua aksesori menyebabka­n harga yang ditawarkan agak tinggi berbanding basikal lajak yang dijual dalam talian.

“Ramai yang datang ke sini bersama rakan namun ada juga yang datang bersama ibu atau bapa yang membelikan basikal lajak ini untuk anak mereka,” katanya.

Sementara itu, wartawan turut mengesan penjualan basikal lajak itu di laman web dan di Facebook yang menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding di kedai basikal.

Kebanyakan basikal dijual dalam talian itu basikal terpakai yang dijual dengan harga serendah RM100.

Dapat dilihat permintaan menggalakk­an diterima daripada peminat basikal itu atas faktor harga yang amat rendah.

Selain basikal, pelbagai aksesori dan kelengkapa­n basikal lajak turut dijual di laman web terbabit.

Seorang remaja yang juga pemilik basikal yang hanya mahu dikenali sebagai, Fadli, 15, berkata, dia mula bermain basikal lajak sejak tahun lalu selepas diperkenal­kan rakannya.

“Disebabkan minat, saya mula belajar dengan beberapa rakan untuk mengubah suai basikal daripada standard kepada jempol.

“Walaupun memerlukan kos tinggi kerana hampir semua bahagian basikal perlu diubah suai kecuali

frame basikal, saya mengumpul wang sedikit demi sedikit walaupun sering kali terpaksa menahan lapar di sekolah,” katanya.

Menurutnya, dia memilih membeli basikal lajak secara dalam talian tahun lalu kerana ia jauh lebih murah berbanding di kedai.

“Pada mulanya takut ditipu, tetapi ada rakan lain yang sudah membeli di laman web itu menyebabka­n saya berani.

“Ibu dan ayah tahu minat saya ini. Mereka beberapa kali menasihati saya supaya berhati-hati serta menjaga diri ketika berbasikal,” katanya.

Fadli yang tinggal di Klang, Selangor berkata, dia berpuas hati dan gembira dengan minatnya itu terutama setiap kali berkumpul bersama rakan menaiki basikal lajak.

 ??  ?? KUMPULAN pemilik basikal lajak yang aktif di sekitar Lembah Klang.
KUMPULAN pemilik basikal lajak yang aktif di sekitar Lembah Klang.
 ??  ??
 ??  ?? IKLAN jualan basikal lajak di media sosial.
IKLAN jualan basikal lajak di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia