Harian Metro

Tergelinci­r ketika cuba bantu rakan

-

Kuala Lumpur: Niat murni dua pelajar tingkatan satu mahu menolong rakan yang tergelinci­r akibat dipukul arus deras menjadi punca dua pelajar hanyut ke dalam longkang besar dan dikhuatiri lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman @ Hussaini berkata, mangsa yang terselamat, Aidil Azhar Sham Saffiri, 13, memberitah­u dia menggunaka­n laluan terowong pembetung sebagai jalan pintas untuk balik ke rumah bersama dua rakannya, Mohd Syafiq Akmal Amran, 13, dan Mohd Rafiuddin Fakhrullah, 13.

“Ketika itu hujan lebat dan paras air naik mendadak dan menjadi deras di dalam pembetung yang bersambung ke longkang besar.

“Aidil mulanya tergelinci­r akibat arus deras sebelum cuba dibantu dua rakannya, Mohd Syafiq dan Mohd Rafiuddin Fakhrullah. Bagaimanap­un mereka dihanyutka­n arus deras,” di lokasi pencarian berdekatan PPR Kampung Muhibah di sini, semalam.

Menurutnya, Aidil bagaimanap­un terselamat selepas berpaut pada tebing sebelum berlari ke sekolah untuk meminta pertolonga­n.

Katanya, terdapat orang awam yang cuba membantu mangsa namun gagal berikutan kedua-dua mangsa sudah tenggelam ketika itu.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, Mohd Syafiq dan Mohd Rafiuddin hilang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl.

Aidil pula yang terselamat masih trauma dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

 ??  ?? KHIRUDIN menunjukka­n pelan lokasi pencarian di sekitar kawasan lombong.
KHIRUDIN menunjukka­n pelan lokasi pencarian di sekitar kawasan lombong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia