Harian Metro

‘Terkilan adik enggan balik bersama saya’

-

Kuala Lumpur: “Saya terkilan kerana adik (Mohd Syafiq Akmal Amran, 13) enggan pulang ke rumah bersama saya menaiki bas. Tidak sangka dia dihanyutka­n arus deras,” ujar Mohd Amirul Afiq Amran, 13.

Menurutnya, dia bagaimanap­un gagal memujuk adiknya itu yang memilih untuk berjalan kaki ketika pulang dari sekolah jam 3 petang kelmarin.

Mohd Amirul Afiq berkata, dia masih terbayang detik terakhir mereka berpisah dalam keadaan penuh emosi.

“Saya lempang muka dia (Syafiq) lepas tengok dia seperti mahu memukul saya kerana diajak pulang ke rumah bersama-sama,” katanya.

Sementara itu Mohd Amirul bersama bapa, Amran Mohamed Ali, 35, dan ahli keluarga setia menunggu di lokasi itu dengan harapan anak kedua daripada enam beradik itu dapat ditemui.

 ??  ?? AMRAN
AMRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia